Kalau orang lain tengah sibuk buat preparation untuk sambut raya, aku plak berkampung kat spital bila iman admitted 3 hari @ Az-Zahrah, Bangi on Friday last week. Masa hubby amik iman kat nursery hari khamis tu, dorang ckp iman nampak tak ceria, terbaring jer. Malam tu gi klinik amik ubat sbb ubat pon dah habis. Pagi jumaat badan tetap panas even dah bagi ubat demam & dah jaram dgn air. Bila keadaan anak dah macam tu, Nampak gayanya memang kena gi spital gak.
Gi klinik mintak referral letter dari dr. pastu gi Az-Zahrah. Sampai giliran…termperature 39.9, masuk ubat montot. Dr. soh admitted gak sebab dah 5 hari demam. Iman pon kurang minum air masak sampai bibir dah kering. Nak buat macam mana, aku dah paksa minum…tapi dia tak nak. Buat blood test bagai, Alhamdulillah…bukan denggi.
Memang dugaan sungguh. Yerlah…dalam keadaan aku yang tengah sarat nih, puasa plak tu, dengan tak cukup tidur dan melayan karenah anak yang tengah sakit nih, betul2 menguji kesabaran. Alhamdulillah…aku di beri kekuatan olehNYA untuk harungi semua tu.