Petang semalam masa tengah tunggu hubby. Tetiba ada satu SMS masuk yang berbunyi:
"SCB - Congratulations, you loan is approved! Kindly visit the selected branch for acceptance or contact our customer service at xx-xxxxxxxx for enquiries"
Dalam kepala hotak ni dok fikir, bila masa plak aku apply loan. Seingat aku hanya loan Bank 'R' jer yg aku pernah apply, pastu housing loan. Mana ada apply loan lain lagi dah. Ker dorang silap send SMS? Aku call number yang di bagi tu. Memang Standard Chartered Bank.
Hhhhhmmmm...kes nak menipu lagi ker nih? Baru² ni dpt SMS dari shell, aku menang RM15,000 uols...mak cik kayo (^_^). 3 kali plak tu dpt SMS yg sama. Memang penipu btol. Yang lagi hampeh, dapat SMS dari MAGNUN, klo nak tahu result no ekor terkini, sila SMS ke xxxxx...sengal.
Lately banyak btul dapat SMS yang ntah apa². Macam²...
Sana sini orang sibuk dok citer juadah berbuka posa. Yang tak tahan tu, siap tepek gambo...adoiiiii...buat terliur mak buyung nih melihatnya (^_^). Masih lulus lagi untuk puasa yang ke dua...alhamdulillah...
Berbuka semalam tak sempat masak pon, hubby amik kat office. Ingatkan jalan tak sesak, sekali dari highway putrajaya tu dah panjang dah, sampai lah ke Kajang Silk. Tak der maknanya klo nak masak pon, dah lah penat. Last² hubby suggest makan kat kedai Sup Meletup, Kajang. Ini kali yang kedua kami makan. 1st time gi lepas tergoda tengok dalam Jalan² Cari Makan. Kebetulan ada cawangan kat Kajang. Malam tu trus gi.
Bagi aku memang sedap lah, dari satu mangkuk, order lagi semangkuk. Memang meletup lah gamaknya. Buka smalam kami order sup campur & nasi ayam. Kedai ni di buka 24 jam. Kalau uols dok Bangi/Kajang bleylah try. Kedai ni btul² kat tepi jalan, depan car wash.
Alhamdulillah, 1 ramadhan semalam aku dapat berpuasa penuh. Agak meletihkan juga dalam keadaan diri yang tengah pegnant 8 bulan nih. Tapi ku gagahkan juga.
Petang semalam waktu berbuka pon just masak yang simple jer. Sambal sotong, sayur bendi goreng belacan, sotong goreng tepung & sambal belacan (hubby yg buat). Dalam rasa tak larat tu pon bley gak masak. Rasa seronok plak dapat dapat sediakan masakan untuk berbuka.
Hari ni masuk 2nd day puasa, masih rasa bertenaga lagi. Pagi tadi sahur nasi + sambal sotong. Pastu minum susu anmum + cornflake & air masak. Simple jer.