Info untuk ibu² yang buat pertama kalinya berpuasa dlm keadaan diri yang mengandung.
**********************************************************************************
Ada di kalangan ibu-ibu hamil yang pasti berasa khuatir untuk berpuasa dalam keadaan bayi di dalam kandungan yang amat memerlukan kadar nutrisi yang diperlukan bagi memastikan perkembangan janin.
Jika anda hamil dan ingin berpuasa, pastikan keadaan kesihatan anda amat stabil kerana ibu-ibu hamil juga sebenarnya dibolehkan untuk berpuasa, tetapi menerusi syarat-syarat tertentu.
Apa pun pastikan kandungan dan kesihatan nutrisi yang dibekalkan ibu menerusi plasenta kepada janin.
Salah satu daripadanya ialah memastikan makanan yang dimakan itu mengandungi nutrisi yang diperlukan termasuk protein, zat pemakanan yang diperlukan ibu dan bayi di dalam kandungan.
Komposisi yang harus dipenuhi ibu-ibu hamil bagi zat pemakanan tersebut ialah karbohidrat 50 peratus, protein (30 peratus) dan lemak sekitar 10 hingga 20 peratus.
Biarpun begitu, ada beberapa faktor yang harus diperhatikan oleh si ibu andainya dia hamil dan ingin meneruskan berpuasa.
Sekiranya si ibu hamil tersebut menghidap penyakit kencing manis atau diabetes, maka ibu tersebut tidak disaran untuk berpuasa.
Sekiranya ibu yang hamil itu menderita penyakit darah tinggi atau hipertensi kerana ibu-ibu ini memerlukan aturan memakan ubat yang berterusan secara teratur dia juga disaran untuk membuka puasanya.
Tekanan darah tinggi juga harus dihindari selama hamil kerana ia boleh menyebabkan kematian mengejut bagi si ibu mahupun bayi dalam kandungan.
Selanjutnya adalah faktor perdarahan. Jika ini berlaku, ibu yang hamil dinasihat tidak berpuasa kerana khuatir kesihatan janin di dalam kandungan.
Dehidrasi atau kekurangan cairan akibat muntah selama hamil akibat mabuk atau morning sickness atau sebagainya juga diminta untuk tidak meneruskan puasa dan minum sebanyak mana air yang diperlukan.
Jika tidak, sebaliknya akan berlaku kerana dehidrasi ini berkemungkinan akan menyebabkan pitam, pening, rasa berpinar dan seram sejuk yang boleh menyebabkan keadaan ibu hamil ini menjadi lebih teruk dan pengsan.
Source: Utusan Online
Alhamdulillah, mulai esok semua umat islam akan memulakan ibadah berpuasa. Sempena kedatangan ramadhan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada anda semua…pembaca² yang sudi berkunjung/membaca blog picisan saya nih. Maaf di pinta jika ada terlanjur kata, terkasar bahasa sepanjang kita berhubung di alam maya nih.
Ramadhan kali ni agak istimewa kerana:
- Berpuasa di rumah sendiri bersama suami & anak tercinta.
- buat pertama kalinya saya berpuasa dlm keadaan diri yang mengandung. Satu pengalaman yang cukup berharga. Dengan harapan dapatlah berpuasa penuh…insya’allah…
Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh khusyuk, di rahmati dan amalan kita di bulan yang penuh keberkatan ini di berkati olehNYA…AMIN…
Terpaksalah menahan apa yang patut. Dah lah perut aku sakit nih, air plak tak der, macam mana nih...adoiiiiii.
Kat site office nih memang macam nih, tiap² petang air tak der. Klo nak pee atau nak poo, kena awal², klo lambat...tahan lah sampai rumah. Seksa btul bagi pompuan mengandung macam aku nih. Ni lah penangan bila pindah office yang blum sempurna sepenuhnya.
Hhhhhmmm...rasa macam nak cari keja lain jer. Tempat uols ada kosong tak? Nak hantar resume lah...ahaks...