Google Pic.
Aku benci betul lelaki yang hisap rokok depan bebudak. Especially yang dah jadi bapa nih. Kalau dah tak tahan sangat nak hisap rokok, pergi lah jejauh, jangan lah hisap depan anak.
Ni citer masa ahad baru nih. Masa cabutan bertuah tu, adalah sepasang somi isteri dengan 2 orang anak duduk kat belakang kami. Anak dia yg sulung dalam 4 tahun dan yang kecik tu dalam setahun. Selamba jer hisap rokok depan anak dia nih. Iman plak betul² duduk depan dorang, aku kat sebelah dah tutup hidung. Tak tahan bau asap rokok yang busuk dan memeningkan tu. Tak sedar ker yang ko tu bawak anak, kat depan ko plak ada anak orang pastu pompuan mengandung duduk depan ko plak tu. Hangin btul aku.
Selfish lah orang macam nih. Tak peka dengan keadaan sekeliling. Sedangkan pelukan dan ciuman dari perokok pon boleh membawa maut kepada kanak², inikan pula asap rokok.
Buat anda² yang kaki hisap rokok tu, especially bapa² & bapa² to be, klo nak merokok tu silalah pergi jauh², janganlah hisap rokok depan anak² atau pon depan pompuan² yang mengandung nih. Kat kotak rokok tu pon dah di beri amaran tentang bahaya rokok nih. Faham² lah yer.
Google Pic.
Peace no war.
Ni pasal citer weekend baru nih. Ada cabutan bertuah sempena menghargai pelanggan² yang sanggup menghabiskan duit beli barang kat kedai perabut kat Bangi nih. Awal tahun aritu kami ada beli set perabut, tak payah lah tulis apa barangnya, dapatlah 2 kupon untuk cabutan bertuah. Hadiah memang hebat², antaranya TV Panasonic Flat SCreen 50 inci, Peti sejuk, Oven, dan banyak lagi lah. Semua brand Panasonic.
Acara start pukul 2.00 pm. Di mulakan dengan silap mata. Lama lah plak, dengan ucapan kata² aluan lagi. Berucap plak amik masa, memula pakai bahasa melayu, pastu bahasa cina plak. 1 Malaysia lah katakan. Nasib dia tak tahu bahasa tamil...klo tak...pengsan nak menunggu. Dah lah cuaca panas.
Bila dah start cabutan bertuah tu, teruja lah memasing. Termasuklah kami, mana tahu sangkut ker satu barang. Tunggu...punya tunggu...nama tak naik² sampailah ke kemuncaknya. Hhhmmmm....memang tak der tuah lah gamaknya. Tapi kan...ada Chinese lady nih, menang sampai 4 cabutan bertuah. Dapat hadiah suma lain². Bertuahnya ko.
Kecewa tu ada lah sket. Tapi rezeki memasing kan. Terfikir gak, kenapalah nama aku tak pernah sangkut dalam acara cabutan bertuah nih, klo dinner tak pernah menang apa² cabutan pon. Kalau org lain, tiap tahun mesti nama naik. Cuma aku pernah menang 2 kali join giveaway/contest. Itupon kat blog jer. Tapi...hadiah masih tak dapat² lagi. Malang Tak bertuah lagi di situ.