Kesinambungan dari enty yang INI, petang tu jugak aku gi cari madu lebah kat KL Sentral. Cari punya cari, jumpalah booth yang jual madu lebah nih. Ada macam² jenis. Tapi aku beli yang jenis sticks. Senang nak makan, macam sedut straw tu (^_^). Ini ada sedikit info:
Honey Sticks adalah merupakan produk terkini dan pertama kali berada di pasaran Malaysia, ianya dihasilkan sesuai dengan keadaan hari ini yang mana masyarakat berada di dalam keadaan serba pantas didalam segala perkara dan tidak terkecuali didalam soal makan minum mereka. Justeru itu, kaedah dimana madu dimasukkan kedalam straw sebagaimana ianya dimasukkan kedalam kom oleh lebah dan terpelihara kebersihannya serta mudah dibawa kemana-mana. Produk ini sebenarnya telah lama berada di pasaran Eropah, manakala di Malaysia ianya masih baru.
Bersaiz 6ml@8gm atau bersamaan satu sudu kecil, sesuai untuk semua peringkat umur dan paling sesuai diberikan kepada kanak-kanak kerana mereka lebih mudah mengambilnya seperti candy atau snek yang berkhasiat. Cara pengambilan yang sungguh mudah, iaitu dengan terus menggigit atau dipotong dihahagian hujungnya. Menjana perkembangan minda dan memberikan kecergasan fizikal dan mental. Produk ini tidak perlu disimpan didalam peti sejuk, didatangkan dengan pek 10 batang bagi Harga RM7.00 dan 25 batang dengan Harga RM17.50 bagi setiap pek.
Alhamdulillah, ada nampak kurang sket batuk.