Mata pon jadi mengantuk...hehehehe...Ada makan besar punya kat office nih tadi. Aktiviti² makan yang telah di rancang. Bila dah di rancang tu, biasalah kan, adalah tugasan untuk bahagian masing². Menu aktiviti makan² untuk hari ni:
Asam Pedas Ikan Terubuk
Ayam Goreng
Sambal Belacan bersama Bacang
Telur Masin & Ikan Masin
Timun
Kesemua makanan di atas bukan di masak di rumah yer, tapi di masak di office ni ha (^_^), termasuklah nasi putih. Bos² ada yang bermurah hati hulur duit buat belanja beli barang. Masakan memang marvellous, especially asam pedas dengan sambal belacan bacang...pergghhhh...sehingga menjilat jari. Masing² makan tak hingat dunia, bertambah nasi beberapa kali, termasuklah mak buyung nan sorang ni ha ☺☺☺.
Sebelum tu, orang² lelaki makan dulu, yerlah...nak gi sembahyang jumaat kan, pastu baru giliran orang pompuan plak makan (^_^). Lepas makan nasi, ada dessert plak. Buah²an, fruit cocktail & caramel. Memang kenyang lah.
Apa lah menu makan² untuk next aktiviti...hhmmmmm....
Note: Kesemua gambar di atas adalah dari Google, pic. asal tak sempat nak snap ☺☺☺