Itu jer hukumannya? Bagi aku tak berbaloi langsung. Sakit jer hati aku bila baca. Nyawa seorang bayi di bayar dengan denda dan penjara saja. Macam mana pulak dengan hukuman berzina? Yang jantan tukang bagi benih? Takkan lepas mcm tu jer.
Firman ALLAH S.W.T:
"Penzina wanita (belum kahwin) dan penzina lelaki (belum kahwin) kedua-duanya hendaklah dirotan sebanyak 100 kali dan janganlah kamu melahirkan rasa belas kasihan kepada mereka berdua hinggakan kamu tidak sanggup menjalankan hukum ALLAH jika kamu beriman ALLAH dan hari akhirat." - Surah al-Nur: 2.
**********************************************************************************
Siswazah dipenjara setahun dan didenda kerana buang bayi
Tak payahlah tutup muka tu. Famous apa masuk news paper.
KUALA TERENGGANU 7 Jun – Seorang siswazah universiti dikenakan hukuman penjara setahun dan denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini selepas mengaku bersalah membuang mayat bayi lelaki yang dilahirkannya, dua tahun lalu.
Tertuduh Zarina Sulaiman, 22, seorang siswazah Universiti Teknologi Mara (UiTM), kelihatan menangis ketika hukuman dijatuhkan oleh Majistret Wan Nor Aklima Wan Salleh.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Asrama Sutera UiTM Cawangan Chendering, Kubang Ikan, Chendering, dekat sini, antara pukul 11 malam dan 12 malam, 29 Januari 2008.
Dia didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Majistret kemudian mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu mulai hari ini dan ayah tertuduh telah membayar denda itu. – Bernama