Kesesakan yang sangat luar biasa akan berlaku hampir di semua station. Dua hari ni jugaklah orang sibuk bercerita pasal ketidakpuashatian terhadap sistem KTM. Betul² menyusahkan pengguna. Dua hrai ni jugaklah ramai yang lambat sampai office.
Ini masalah semalam: Tren kargo tergelincir, perkhidmatan komuter terganggu
Ingatkan petang dah ok, Rupa² nya sangkaan ku meleset. Dekat sejam aku tunggu train. Hanya satu landasan sahaja yang berfungsi, korang bayangkan lah berapa laluan yg ada, cuma satu landasan yg boleh di gunakan. Orang dah sesak giler. Dengan panasnya lagi. Sampai jer train, terjadilah adegan tolak menolak. Aku yang dengan bawak perut pon tidak terkecuali jugak, semua nak balik kan. Nasib ada orang yg prihatin bagi aku duduk. Itu baru kesesakan dekat KL Sentral, kat stesen lain lagi...sama sesak. Pukul 8.35 pm baru sampai UKM. Penat giler.
Pagi ni punya masalah plak, sistem janakuasa elektrik kat stesen Angkasapuri & KL Sentral mengalami masalah. Sakitnya hati. Semalam nyer sakit hati menunggu tak habis lagi, di tambah sakit menunggu train pagi ni plak. Aku budget pukul 8.30 am tak der jugak, terpaksalah naik bas. Nak naik teksi duit tinggal 10 higgit (^_^). Finally, sampai gak train, tapi...sesak nak mampus. Nak tak nak, dengan kudrat pompuan mengandung nih, terpaksa gaklah aku masuk even dah tak cukup ruang. Kesian baby kat dalam perut nih, terhimpit...huhuhu...Kalau aku tak naik gak, mau pukul 10.00 sampai office.
Cerita colleague aku lagi teruk. Pukul 10.00 am baru sampai office. Nak dekat sampai stesen MV, train stuck kat tengah² landasan. 2 jam lebih uolsss. Bayangkan dengan kesesakan orang kat dalam train, berdiri dekat 2 jam lebih. The worst is bila ada beberapa orang penumpang yang mula pengsan, di ulang PENGSAN. Bantuan apa yg nak bagi selain bagi duduk jerlah. Orang kat dalam train dah terpekik bising². Alternatif lain...bukak pintu train.
Uollss bayangkan nak kena turun dari train yang agak tinggi gak tu. Berjalan menyusuri landasan nak cari kenderaan alternatif yang lain. Macam mana lah nasib pompuan mengandung yang naik train tu.
Sepanjang aku naik Komuter, ini lah yang paling worst. KTM...silalah upgrade sistem. Kementerian Pengangkutan, tolong lah amik serious masalah nih. Betul² menyusahkan pengguna.