Untuk renungan kita bersama. Cerita ni aku c & p dari rakan BFku AJUI di FB. Semoga ia dapat membuka mata² ibu di luar sana betapa pentingnya Breastfeeding nih. Breastfeeding seperti "Breaastaurant...anytime, anywhere, no waiting list, no Q hygiene and its totally FREE (^_^)" (pinjam ayat² cinta ecar)
**********************************************************************************
*Berita ini telah dikongsi oleh seorang Doktor O&G di Manjung, Perak... Berita ini telah disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian edisi Perak... Saya telah cuba dapatkan secara online tetapi gagal, oleh itu saya amat berterima kasih kepada Dr. Nadrah Ariffin kerana sudi menyalin semula petikan berita tersebut untuk tatapan dan panduan semua... Alhamdulillah...
Seri Manjung - Seorang ibu terkejut apabila susu formula yang baru dibeli di sebuah pasaraya di sini, mengandungi bendasing dipercayai ulat.
Faridah Ahmad berkata, dia menjumpai dua bendasing dalam susu tepung itu yang menyerupai ulat sebelum menelefon suaminya, Anuar Che Ros.
Menurutnya, dis tidak menyangka susu formula mengandungi bendasing seperti ulat kerana susu jenama itu sentiasa menjadi pilihannya untuk diberikan kepada anak-anaknya.
"Sejurus selepas itu, saya cuba menghubungi talian hotline syarikat susu berkenaan, namun taliannya sibuk," katanya.
Sementara itu, Anuar berkata, dia akan memulangkan semula susu itu kepada pihak pengurusan pasar raya itu.
"Masalah ini perlu diberi perhatian oleh semua pihak bagi mengelakkannya berulang," katanya.
Ulasan dari Dr. Nadrah...
Rakan2 yang saya sayangi. Cuba kita renungkan sejenak, bagaimana untuk atasi masalah ini. Pada saya, saya hanya nampak kebaikkan pemberian susu ibu dari sudut ini dengan sangat nyata:
1. Mengelakkan risiko pencemaran seperti yang dilaporkan oleh akhbar ini pada hari ini.
2. Bukan saja pencemaran sewaktu pengilangan susu tepung ini, tetapi juga pencemaran disebabkan kelalaian penjagaan kebersihan untuk botol2 yang digunakan/diberikan kepada anak2.
3. Jika ramai yang menyarankan supaya pihak2 tertentu mengambil langkah yang tegas dalam menangani masalah pencemaran susu formula bayi/anak, alangkah bagusnya disertakan dengan kempen kesedaran kepentingan penyusuan susu ibu...dah tentu susu ibu adalah susu yang sangat segar, tidak pernah rosak jika cara pengendaliannya betul, dan yang pastinya tidak akan ada pencemaran dalam susu ibu.
Akhir kata 'Majulah Breastfeeding untuk Ibu² di Malaysia"...ahaks...