Pergilah kau jauh² dari ulu hatiku ini...ahaks...bilalah heartburn nih nak hilang. Tak sanggup rasanya, baru 5 bulan pegnant....ada lagi 4 bulan lagi...huhuhu. Serba tak kena. Nak tido tak selesa, nak rukuk & sujud pon terasa gak...panas jer tekak nih. Antara sebab² heartburn:
Injap pada pintu masuk ke perut kendur semasa anda hamil disebabkan oleh perubahan hormon. Oleh itu, asid perut mengalir semula ke esofagus (saluran ke perut).
Simptom:
- Rasa sakit yang kuat pada bahagian tengah dada.
- Elakkan makan dengan banyak, makanan yang terlalu pedas, atau makanan yang bergoreng.
- Pada waktu malam, cuba minum susu panas dan tinggikan bahagian atas katil atau gunakan lebih daripada sebiji bantal.
- Pedih ulu hati dan tidak dapat tidur, susunan bantal berlapis adalah lebih selesa jika anda mengalami masalah pedih ulu hati atau tidak dapat tidur.
Ada gak buat seperti apa yang di sarankan, ada lah kurang sikit tapi masih terasa heartburnnya lagi. Ini bahagian untuk aku sebagai ibu mengandung kot...tak mabuk langsung, tapi heartburn setiap bulan...ahaks...mak redha noks.