Citer pasal anak bujang nih plak. Bila teringat pasal benda ni mesti nak tergelak. Ingatkan dah tak takut dah, rupanya takut lagi. 1st time Iman tengok badut masa last year, kat birthday party adam, my best friend nyer anak. Bukan main confident lagi berjalan dengan maksu dia kat depan...tinggalkan ibu ngan abah kat belakang. Sekali masa dah masuk pintu pagar, kelam kabut berlari keluar dengan muka cuak...takut...takut...Aku tanya SIL kenapa? Sambil gelak² dia jawab "Iman takut badut tu". Apalagi...aku ngan hubby bantai gelak sebab tengok muka dia yang menggelabah tu. Pastu ajak balik, tak nak masuk dalam. Ibu peduli apa, baru sampai takkan nak balik kan. Duduklah aku ngan iman kat dlm umah, sbb badut tu kat luar.
Bukan setakat badut jer takut, dengan maskot pon dia takut gak. Masa gi PWTC, ada fair apa ntah...lupa. Adalah maskot GROLIER nih, nak bagi belon...si bujang ni bantai menangis, takut...sebab beso sangat gamaknya.
Hari ahad baru nih, gi KAUT MAUT a.k.a COURT MAMOUTH, saja tengok² barang. Skali kat pintu masuk tu ada badutlah plak. AKu ngan hubby dah nampak dah, tapi budak bujang ni tak nampak lagi, saja aku cakap kat hubby jgn cakap ngan iman, nak tengok dia takut ker tak. Tiba² badut ni gi hulur belon kat dia, bila tengok jer apalagi......terjerit² anak aku nih, sambil menyorok kat blakang hubby, kuat plak tu...orang tengok jer. Aku ngan hubby tergelak². Seperti biasa, merengek² ajak balik.
Apa ni iman, tak macho lah macam ni...ngan badut pon takut. Anak uols takut badut tak? Macam mana nak bagi anak aku ni tak takut badut erk? Ada tips tak?