Nak update blog setiap minggu pon payah, especially FTWM (Full Time Working Mom) macam aku nih. Nak tunggu weekend memang susah lah. Ada jer kerja & aktiviti nak buat, antaranya masak, jaga anak, basuh baju, mengemas habuk² yg bersarang kat umah tuh, aku pon pelik sbb umah aku cepat sangat naik habuknya pastu balik umah PIL (Parents in law). Kalau dah balik sana, memang aku tak dapat nak tenet lah, sebab Laptop telah di kuasai oleh my SIL, sampai ruang untuk aku pon tak der, rela dalam paksa jer lah.
Kalau nak update kat office plak agak payah lah. Dengan kerja lagi. Kalau layan kerja yg berlambak tu pon tak best gak, kena ada selingan kan. Klo tak...beku otak (^_^). Tapi kalau idea tu ada, cepat jer siap satu entry, tapi klo idea macam malu² nak kluar, bersawang lah blog jadinya. Kekadang tu idea datang mencurah, tapi nak edit nya tak der masa, lama² idea tu gone with da wind..ahaks...Nak baca blog kawan² pon susah gak, ini kan nak tinggalkan jejak. Komen pon tak terbalas² lagi.
Nak Blogwalking say hi!...salam ziarah...nanged u...salam kenal, etc. pon tak bley dah, shout box dan yg sewaktu dengannya dak kena block balik...huhuhuhu...Macam mana Traffic Blog nak naik klo macam gini gayanya.
Tapi aku salute ngan uols yang rajin update blog, sebulan sampai beratus² entry. Income pon masyukkk jer. Untuk mommies² blogger pon mcm tu gak. Pandai uols bahagikan masa tak macam aku.