Tadi masa baca blog noj pasal Buffered Earnings Nuffnang dia, teringat plak nak check aku nyer Buffered Earnings. Mana tahu kot dapat plak, sbb sebelom ni tak pernah dapat langsung. Haaaa....amik ko, aku dapat 4 Buffered Earnings Nuffnang. Last week aku check tak der pon. Agak frust gak lah sebab blogger lain sibuk dok citer pasal buffered earning dorang. Finally ...aku dapat gak.
Sempena cuti sekolah ni, jom kita serbu Putrajaya ramai². Banyak aktiviti² yang akan di adakan. For more detail, klik banner kat bawah nih (^_^)
The Fiesta
Date: 18 - 21 March 2010
* Coincide with school holidays to capture the children and parents from all around Malaysia.
Venue: Putrajaya
* Precinct 2, adjacent to the Monument Alaf Baru.
Time:
* To stretch the event time from 7am to 9pm.
Number of Hot Air Balloons: 23
* Normal shaped : 18
o 13 hot air balloons for free flying
o 5 hot air balloons for public tethered rides
* Special shaped: 5
Theme: "1World, 1Malaysia, 1Fiesta"
Buat warga Malaysia, ibu²...bapak², bakal² ibu...bakal² bapa dan yang masih bujang, sempena 'Hari Wanita Antarabangsa 2010' marilah kita sama² menyokong dengan kuat inisiatif Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) untuk meningkatkan cuti bersalin bergaji daripada 60 hari kepada 90 hari.
Cuti bersalin di Malaysia antara yang terendah kalau nak di bandingkan dengan negara² Asia Tenggara. Antarnya:
· Singapura – 112 hari (16 minggu)
· Thailand – 90 hari (3 bulan)
· Kemboja – 90 hari
· Indonesia – 90 hari
· Malaysia – 60 hari
Beberapa Negara Asia Tenggara menyediakan perlindungan menyusukan anak serta penjagaan kanak-kanak. Sebagai contoh seorang ibu di Singapura mendapat sehingga 12 bulan untuk menyusu dan menjaga bayinya yang baru lahir. Di Kemboja, syarikat-syarikat dikehendaki pemberian seorang ibu baru masa rehat 30 minit dua kali sehari untuk menyusukan anaknya. Mereka yang mempunyai lebih daripada 100 pekerja wanita perlu menyediakan bilik-bilik penjagaan dan pusat-pusat jagaan harian, dengan kos penjagaan bayi itu ditanggung oleh syarikat. Sementara itu majikan-majikan Indonesia perlu menyediakan satu tempat yang sesuai bagi ibu-ibu untuk menyusukan anak mereka semasa waktu bekerja. Ini hanya beberapa contoh-contoh perlindungan bagi pekerja wanita yang diperuntukkan di bawah Konvensyen ILO (Organasasi Buruh Antarabangsa)
60 hari cuti bergaji itu memang tidak cukup bagi kebanyakan wanita Malaysia. Kenapa? Penderitaan seorang wanita yang melahirkan anak bukan setakat fizikal malah emosi serta juga mental.
Kempen ini juga bertujuan untuk menyokong penyusuan susu ibu secara ekslusif. Susu ibu membekalkan pelbagai kelebihan kesihatan serta emosional kepada kedua-dua ibu dan anak, yang amat penting dalam bulan-bulan pertama menjalin perhubungan. Cuti bersalin yang lebih akan membolehkan ibu-ibu menjaga bayi mereka dengan lebih baik.
Jom tandatangan ramai². Senang jer, just kilk banner di atas, masukkan nama, IC, Email address and submit.
NUBE akan mengumpul tandatangan-tandatangan yang menyokong petisyen “90 Hari Untuk Ibu” Petisyen Online ini dan akan serahkannya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan disalinkan kepada semua 221 Ahli Parlimen sebagai suara rakyat 1Malaysia yang menyerukan pindaan-pindaan tersebut.
Sekian...khidmat masyarakat dari saya (^_^)
Dari email yang aku dapat dan sangat menarik untuk di kongsi bersama. Tapi awas...hanya untuk pasangan yang sudah berkahwin saja yer. Yang masih berkasih-kasihan dan yang masih di alam pertunangan, di larang sama sekali...HARAM...(^_^)
lepas baca ni, ciumlah pasangan suami/isteri anda sblm gi keje, tak kisahlah sape2 leh start dulu..hehe..jgn segan2..byk fadhilatnyer...
lepas baca ni, ciumlah pasangan suami/isteri anda sblm gi keje, tak kisahlah sape2 leh start dulu..hehe..jgn segan2..byk fadhilatnyer...
Fadhilat Bercium???
Ahli perubatan mendapati bahwa berciuman baik untuk kesihatan.....Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan banyak penyakit.Apa saja keuntungan berciuman bagi kesihatan?
* Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita. Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung per minit.
* Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.
* Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi.
* Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.
lagi... kelebihan berciuman .....
1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak melakukan rutin ini.
2. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.
3. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahwa dengan berciuman bergairah tiga kali per hari(setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu menghilangkan berat badan.
4. Berciuman dikenal sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.
5. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi yang menegang karena ciuman yang bergairah mampu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.
6. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan kolestrol.
7. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.
8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu mengurangi sakit.
Selamat bercium-ciuman...jangan bercium di tempat awam udah lah yer, walaupon halal...ahaks...