Buat pertama kalinya memandu selepas dapat lesen. Ada tak pengalaman suka duka? Especially Lady Driver. Iyerlah...baru dapat lesen P, pastu memandu kat highway, mesti ada rasa kecut sket kan. Klo memang dah biasa drive tu ok lagi lah.
Aku nama jer ada lesen, tapi setakat buat perhiasan jer kat dalam wallet ni. Selama 6 tahun aku ada lesen ni, tak pernah secara rasminya aku memandu. Pastu renew tiap² tahun, memandu keretanya tidak...ahaks...Kereta sendiri tak ada, nak pakai kereta adik bradik plak, takut calar balar. Pendam jerlah hasrat nak memandu tu. Bila dah lama² tu dah rasa macam tak confident nak memandu. Takut plak rasanya. Bila dah kawin & ada anak ni, hubby soh belajar drive. Barulah terhegeh² nak belajar memandu balik.
Hajat di hati nak gi driving school, amik 3-4 jam ker, nak bagi confident tu datang balik, tapi hubby cakap dia bley ajar, ok lah. Haaa...amik ko, garangnya nak mampus, mengalahkan cikgu skolah memandu gamaknya ☺☺☺. Dari berani drive jadi takut nak drive, ketaq lutut jadinya sbb takut salah. Kalau kereta Automatik ok lah, kereta aku ni kereta Manual. Tersangatlah mencabar bagi pompuan macam aku nih. Dari tahun lepas lagi hubby dah start ajar, barulah sekarang aku dah bley drive sendiri with hubby's supervision, tapi setakat area rumah sajork, luar kawasan belum try lagi...wakakaka...
Kisahnya...sabtu lepas. Nak beli sarapan, niat di hati dak drive, tapi hubby kerja. Rasa mcm tak confident klo hubby tak der. Tapi hati ni dah membuak² nak drive. Arrgghhhh...drive ajer lah kan, takkan nak tunggu hubby ada baru nak drive, sampai bila nak drive with hubby's supervision. Finally...berjaya gak, itu baru pergi beli sarapan, balik dari beli sarapan plak. Aku dah menggelabah masa nak kluar simpang 3. Kereta banyak lalu lalang, nak cucuk sket² takut, pastu kereta kat belakang dah berderet², siap hon² plak, memang tak sabo btul pemandu lelaki ni. Aku lagilah jadi kelam kabut + menggelabah. Trus dorang potong kereta aku, lantaklah...janji aku selamat. Dekat 4 minit gak lah kat simpang tu, akhirnya aku sampai rumah dengan jayanya (^_^).
Kesimpulan & pengajaran utk aku, silalah jgn menggelabah & kelam kabut yer fiza. Kena yakin. Bawak bertenang. Lantaklah org nak hon ker apa ker, janji jln ko betul, biar lambat asal selamat (^_^)
Aku jelous betul tgk org pompuan yg boleh memandu nih. Pastu expert plak pasal jalan² . Nak gi memana pon senang. Apsal lah aku tak bley jadi mcm tu.
Aku jelous betul tgk org pompuan yg boleh memandu nih. Pastu expert plak pasal jalan² . Nak gi memana pon senang. Apsal lah aku tak bley jadi mcm tu.