Jatuh kat nursery. Petang smalam...masa nak amik iman, tgk² dia tengah nangis, dengan bibir bengkak dan berdarah. Teacher cakap baru jer jatuh. Jatuh dari kuda mainan. Kesian dia, bukannya nak pujuk. Masa aku sampai tu, dorang tengah borak²...iman di biarkan menangis. Aku sebagai ibu mestilah terasa. At least ko pujuk lah, peluk² atau usap² ker. Anak aku tu klo tak sakit sangat dia nangis kejap jer, ni dah sampai rumah pon nangis lagi, sambil nangis tu sempat lagi cakap "atit...atit (sakit), dayah anyak (darah banyak)". Bibir atas tu dah nampak lebam sket & bengkak, kat bibir dalam tu ada luka...mungkin jatuh tersembam. Aku risau gigi dia goyang jer, sbb kat gusi tu nampak macam berdarah.
Hhmmm...kan best klo ibu bley jaga awak kat rumah, tak perlu nak risau² fikir keadaan anak kat nursery macam mana. Ni kekadang balik tgk ada kesan lebam, kesan gigitan & mcm² lagi lah. Tawakal jer lah klo hantar anak kat nursery ni. Hai...bibir iman dah macam Anjelina Jolie dah, klo anjelina jolie bibir bawah yg tebal, iman plak bibir atas yg tebal...ahaks...
Office baru @ Mercu, KL Sentral...ahaks...(^_^). Sangap aku semalaman smalam. Dengan keadaan office yang tunggang langgang macam tongkang pecah. Line tenet petang baru ada, itu pon nak dekat balik. Telephone office pon masih belom beroperasi lagi dari smalam sampailah skang ni. Nak mengemas pon malasssss lah sangat. Kan best klo ada orang yang bley tolong kemaskan ☺☺☺
Masih tak berkesempatan nak menjengah ke semua blog kawan². Hanya baca saja tapi tak sempat nak meninggalkan jejak, so sorry yer...bukan berat tangan tapi keadaan masa tak mengijinkan lagi.
Untuk peringatan diriku juga, renung²kan lah. Yang baik kita jadikan sebagai panduan, yg buruk kita buang jauh².
**********************************************************************************
Baca la kalu free.....
Pembaca Semua,
**********************************************************************************
Baca la kalu free.....
Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri...
Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah.
Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah.
Pembaca Semua,
Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.
Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.
Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.
Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.
Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.
Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.
Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.
Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.
Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.
Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.
Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan
seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.
seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.
Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.
Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.
Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.
PS (Pendapat Saya) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah . Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, btp besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t'jawab utk anda memperbaikinya....InsyaAllah.......
Untuk membuat pilihan dalam mencari BerukbandBroadband yang sesuai especially area Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Ada beberapa pilihan, tapi tak tahu nak pilih yang mana satu. Saya tahu, setiap Broadband ada kelebihan dan kekurangan, cuma saya nak minta pendapat dari kawan² yang arif lagi bijaksana (^_^) dan yang dah pernah ada experience dengan Broadband ni. Maklumlah...baru 1st time nak bertenet kat rumah dan kat merata² tempat ☺☺. Selama ni pakai tenet office sajork.
Your highly response is really appreciated. Sekian, Terima Kasih (^_^)
ABOUT ME
Total Pageviews
Followers
Translate
Popular Posts
-
Proses Pertukaran Sekolah Rendah Dan Menengah | Ini Prosedur Yang Perlu Dilakukan. Tak susah pon sebenarnya proses untuk pertukaran sekola...
-
29 February 2020 | Baby Leap Year Dah 4 Tahun. Alhamdulillah… Akhirnya jumpa juga Tarikh kelahiran sebenar selepas menunggu selama 4 tahun...
-
Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends . Ini adalah sticky post sehingga 29 February 2020 nanti. So sehingga itu, entry ter...
-
Tu dia. Tajuk bukan main panjang lagi. Maklumlah… Anak nak exam. Terus update tips gitchew kan. Insyaallah… Esok my anak bujang, Iman Hakim...
-
Woot.. woot.. I'm back.. Hahaha... Nak mengadu pasal tayar. Kalau sebelum ni nak pergi kerja, terus saja menonong masuk kereta. Tapi se...
-
Masih ramai lagi yang tak tahu dan kenal jenis-jenis ikan kan. Atau bahasa mudah nya nama-nama ikan lah. Makan ikan saja tahu. Tapi nama ik...
-
Seperti yang kita sedia maklum, pengambilan susu sangat bagus untuk perkembangan anak-anak kerana kalsium yang terdapat di dalam susu dapat...
-
Welcome Back To School 2020 | Sekolah Baru & Kawan Baru. Dah sebulan pon sekolah. Tapi nak cerita juga kisah anak-anak kembali ke seko...
-
Vivo Malaysia joyfully unveils The Perfect Night Party 2024, a grand celebration aligned with its 10th year anniversary. Set to dazzle on 18...