Bila 6 buah kotak yang aku dah asingkan untuk isi barang² yang nak di packing, telah di curi orang...dlm erti kata lain, orang tu malas nak buat kotak, bila nampak jer kotak kosong, suka suki jer nak amik tanpa fikir panjang yang kotak tu orang lain yang punya, memanglah ko ni pendek akal. Panas betul hati aku pagi ni bila aku nak packing² barang aku tgk kotak dah lesap. Aku tahulah ko datang kerja hari sabtu aritu nak buat packing, orang tak der kat office, tapi ko janganlah suka suki ko jer nak amik kotak kat tempat aku tu. Kalau ko amik 1 kotak tak per lah, bley di maafkan lagi, tapi ni ko amik semua kotak. Memang kurang ajar betul. Dah lah barang aku banyak, nak packing dalam masa 3 hari jer, pastu nak kena buat kotak lagi. Hilang mood aku nak packing² barang.
Sharing is caring, just received this email from my friend.
Donno how far this is true....just be careful
For those who love KFC. be extra careful yea ....
The guy shouted loudly: WHAT?!! It is not due to careless, it is grew inside the chicken itself!
Donno how far this is true....just be careful
For those who love KFC. be extra careful yea ....
One day usual my friend and I went to the nearby KFC to have our dinner. After ordered the burger and combo set, we found a place and sit down.
Everything was like normal, until one guy sitting next to us asked the waiter to his table. However, the waiter did not bother him so he ran to the counter and "invite" the waiter to his table. My friend and I thought that might be a prank or something.
This time, the waiter came to his table and he showed him the combo plate of chicken that he bought. The guy asked: what is this inside the chicken meat? Because it was quite a distance so we can't see real clear. The waiter look into the chicken and replied: sorry Sir, I think it must be our staff carelessly fell down the worms into the chicken while frying..
The guy shouted loudly: WHAT?!! It is not due to careless, it is grew inside the chicken itself!
When we heard the word "worm".. we was like.... Urggggg...crap...due to the guy shouted too loud, therefore the manager has come to comfort the guy and apologize that will return all his money. However, the guy continue yelling and said: how can you bring out such a thing for you customer.....
Untuk panduan kita bersama. Tak salah kalau kita spreadkan benda yang sama berulang² kali, sebagai peringatan untuk kita mengelak/bersiap sedia jika berlaku perkara² yang tak di ingini. Mungkin ada kawan² di luar sana yang tak tahu mengenai info ni. Sharing is caring, pesanan khidmat masyarakat dari fiza...ahaks...
Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia
1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).
3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).
4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).
6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).
7. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.
8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).
9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.
10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.
12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.
13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.
14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).
17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.
18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.
20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.
21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.
Sumber: Bukit Aman PDRM
Petang semalam, on the way nak balik rumah, dengan hujan lebatnya, tetiba.....tayar motor pancit daaa, kat highway Sg. Besi plak tu. Nasib dah dekat ngan stesen minyak. Dah lah jauh, klo pancit kat area bangi ok lah lagi, ni pancit kat highway plak. Masa tu dah pukul 7.00 pm dah, iman tak amik lagi ni. Kat stesen minyak, try lah isi angin
Masa try isi angin tu, adalah terselit no. HP untuk tukar tayar pancit, pucuk di cita ulam mendatanglah kan, hubby pon call, charge RM25.00, tapi budak ni kat Pantai Dalam, amik masa 25-30 minit utk sampai. Lama lah plak kan. Pastu, terserempak plak ngan colleague hubby, dia bagi no. HP utk tukar tayar area kajang plak, skali charge RM35.00, giler mahal, bukannya jauh sgt pon. Last²...hubby aku tumpang member dia naik motor skali, tinggallah aku sorang² kat stesen minyak shell tu, menemankan motor yang pancit sambil tunggu tukang pasang tayar pancit datang. Bayangkanlah...dari pukul 7.15 pm sampailah pukul 8.40 pm aku terpacak kat shell tu. Dah macam makcik guard jaga stesen minyak. Asyik² tgk jam, bilalah hubby nak sampai ni.
Masa tengah menunggu ni, adalah 2-3 insiden. Kat shell skang kan tgh promosi isi & menang duit ribu riban tu kan, so...adalah di sediakan meja & kerusi kat situ untuk fill in form. Aku pon duduklah kat tempat tu, skali adalah sorang kakak ni dok tanya aku kat mana nak letak borang tu, aku ckplah tak tahu, pastu...datang lagi sorang tanya...HELLOOOOO...aku pakai baju kurung hokey, klo aku pakai baju shell, bley lah korang tanya. Dah lah aku tengah panas hati tunggu hubby yang tak sampai² lagi. Pastu...ada plak pertanyaan yang tak ada kena mengena ngan aku...adooiiii. Tapi yang lagi best, ada lah sorang mamat ni, lupa nak letak pam kat tempat asal, nozzle tu masih kat tempat tangki minyak keta dia tu, selamba jer drive...apa lagi, tercabut lah pam getah yang panjang tu, kuat bunyinya. Mesti mamat tu malu (^_^), sbb jadi perhatian. Kena bayar plak tu utk kerosakan. Hai...macam²
Pengajarannya, sediakan payung sebelum hujan...simpanlah no. HP si penukar² tayar. Senang klo ada emergency. Inilah risiko klo gi kerja naik motor (^_^).Sepanjang perjalanan pergi balik selama 3 bulan ni, inilah pertama kali tayar pancit kat highway. Hopfully untuk perjalanan yang seterusnya, janganlah pancit kat highway lagi...na'uzubillah...minta di jauhkan.