Alhamdulillah...akhirnya sambutan Hari Susu Ibu semalam (09/08/09) bersempena dengan 'Hari Susuibu Sedunia' berakhir dengan jayanya. Sambutan kali ini di adakan di Dewan Majlis Perbandaran Kajang. Tema pada kali ini adalah "PENYUSUAN SUSU IBU - TINDAK BALAS PENTING KETIKA BENCANA - SUDAHKAH ANDA BERSEDIA?". Walaupon ramai yang cancel pada saat akhir, acara tetap berjalan dengan lancar dan meriah. Aku tak amik gambar pon sebab anak bujangku tak boleh nak berenggang ngan ibu dia ni. Gambar yang ada ni pon ku cilok dari blog kengkawan :)
Anakku skang ni bukan main lagi...dah pandai menyayi...ahaks...kelakar jer bunyi nya, kejap² ooooo...aaaaa...yang hujung² jer dengar. Lagu yang dia hafal adalah lagu famous seantero dunia, apalagi...lagu 'HAPPY BIRTHDAY TO YOU', pastu lagu Barney yang I LOVE U, U LOVE ME. Kalau nasyid plak lagu DEMI MATAHARI (lagu favourite aku, memang best) dengan JAGALAH HATI dari Kumpulan Snada. Lagu Michael Jackson pon anakku layan tau, especially lagu HEAL THE WORLD dengan THEY DON'T REALLY CARE ABOUT US...siap head banging yang tak tahan tu.
Development Iman skang pon makin meningkat, tapi pelat still ada. Grammar pon dah bertambah. Lately iman suka meniru apa yang orang buat, pastu suka ajuk apa yang orang cakap.
Situasi 1
ibu: Abang...tolong lock pintu tu bang
Iman: Abang...tolong abang
Situasi 2
Abah: Iman...meh kat abah
Iman: jap abah...jap
Situasi 3
Abah: Iman...amik kain tu (kain lampin)...jatuh
Iman: Bukan amik ngan tangan hokey, dia gi kepit kain tu dgn ibu jari kaki sambil angkat kaki (dapat bayangkan tak? ala...kekadang klo kita malas nak amik ngan tgh kita kepit ngan kaki)
Abah: Iman...amik kain tu (kain lampin)...jatuh
Iman: Bukan amik ngan tangan hokey, dia gi kepit kain tu dgn ibu jari kaki sambil angkat kaki (dapat bayangkan tak? ala...kekadang klo kita malas nak amik ngan tgh kita kepit ngan kaki)
Hahahaha...hubby aku gelak jer, dia cakap mesti iman selalu perhati aku buat macam tu. Adoooiiii hai anak bujang ku ini. Lepas ni kalau nak buat apa² tak boleh depan dia. Cakap pon nak kena berlapik. Tahap cemburunya pon bley tahan, marah btul kalau abah dia peluk ibu dia ni, yang abahnya plak kuat mengusik...mengamuk² lah budak tu di kerjakanya. Semua budak macam tu ker? Kalau gegirl...cemburu ngan mak, kalau boboy...cemburu ngan bapak.
Hhmmm...macam² ragam anak² ni kan. Hilang segala stress, penat dan segala macam masalahlah...bila tengok keletah anak ni. Beruntung bagi SAHW...dapat melihat anak membesar depan mata 24/7, bagi yang bekerja ni, hanya tahu perkembangan anak dari pengasuh jer. Perkara baru...perkataan baru...semua yang baru lah...pengasuhlah orang pertama yang tahu, KITA? hanya yang ke dua.
Apalah yang angin tu yer, bukan kepala angin yer, tapi angin yang keluar kat bawah tu, atau dengan nama saintifiknya K.E.N.T.U.T...ahaks...tak senunuh. Ni suma gara² penangan buah mata kucing dan cempedak lah ni. Habis angin satu badan, atas kluar...bawah pon kluar gak. Rasa berpusing² angin dalam perut ni...adoiii...
Huhuhuhu....meroyan aku semalaman semalam. Mana tak nya, internet down sehari suntuk. Satu buldings plak tu. Dah lah last week aku cuti 2 hari, ingatkan smalam bolehlah buat kunjungan ke blog kawan2, aktiviti biasa yang aku selalu buat pagi², tapi sebaliknya pulak. Bosan giler bila tenet down ni kan.