Pelbagai Pilihan Permainan Interaktif Atas Talian Percuma Untuk Isi Masa Terluang
Thursday, July 29, 2021Pelbagai Pilihan Permainan Interaktif Atas Talian Percuma Untuk Isi Masa Terluang | Pernah lah dengar orang cakap, permainan atas talian atau game ni permainan yang membuang masa, melalaikan dan tidak berfaedah. Pendapat masing-masing kan. Tapi bagi saya, tak semua permainan atas talian tu tidak berfaedah dan melalaikan sebab pelbagai pilihan permainan pnteraktif atas talian percuma untuk isi masa terluang yang boleh kita dapati dan berfaedah dimana ianya boleh menguji minda, yang membuatkan kita berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah dan membantu kita berfikir dengan lebih cepat. Secara tak langsung permainan atas talian ini juga dapat membantu mengurangkan tekanan.
Iya lah… Sekarang kan kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dah lama berkurung. Secara tak langsung ianya memberi tekanan juga. Bukan pada orang dewasa, tapi pada kanak-kanak. Kita yang dewasa ni boleh lah juga keluar atas urusan kerja atau untuk beli barang keperluan, bayangkan anak-anak yang dah lama terperap dekat rumah. Memang kesian sangat-sangat. Dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) pagi dan petang lagi. Bagi mengurangkan tekanan anak-anak, saya cari juga lah permainan interaktif atas talian yang sesuai untuk anak-anak dan jumpa website plays.org ni.
Memang banyak pilihan permainan interaktif mengikut kategori dan ia nya percuma tau. Antara permainan interaktif yang saya sangat tertarik adalah permainan Tetra Blocks. Memang mengimbau kenangan masa zaman sekolah rendah dulu sebab Tetra Blocks ni masa zaman saya dipanggil Brick Game. Sanggup kumpul duit dengan adik semata-mata nak beli Brick Game ni sebab dulu tak ada computer. Tak tahu lah masa zaman saya dulu sudah wujud atau tidak game ni dalam computer. Kalau dulu bergilir-gilir dengan adik. Sekarang bergilir-gilir dengan anak pula.
Permainan Interaktif Bercirikan Pendidikan Atas Talian
Tak ada permainan interaktif untuk Pendidikan ke? Ada… Kalau ikut dalam senarai tu, ada seratus lebih kategori pilihan permainan termasuk lah Pendidikan. Antara nya matematik, mewarna, melukis, kuiz, mengeja dan macam-macam lagi lah. Memang sangat sesuai untuk anak-anak seawall peringkat tadika lagi. Secara tidak langsung anak-anak boleh bermain sambil belajar.
Selain permainan Pendidikan, anda boleh uji anak-anak dengan permainan puzzle atau dalam Bahasa melayu nya teka teki. Sebab puzzle ni membuatkan otak untuk berfikir dengan cepat dan bagaimana untuk menyelesai kan masalah. Memang bagus untuk uji minda dan tahap focus anak-anak. Antaranya magic cube, maze, archery, sudoku dan banyak lagi.
Banyak lagi pelbagai pilihan permainan interaktif atas talian percuma dalam plays.org ni. Anda boleh explore dengan anak-anak. Tak salah pon sebenarnya kalau kita bagi anak main permainan atas talian. Janji ada had nya. Bukan sepanjang hari menghadap game. Pemantauan juga amat penting. Game apa yang anak-anak main, sesuai atau tidak dan kena sentiasa alert permainan atas talian apa yang anak-anak main.
Kena juga bari ruang anak-anak untuk menghilangkan tekanan selepas seharian belajar kan. Dengan terperap dekat rumah lagi. Jangan kata orang dewasa yang tertekan, budak-budak pon sama. Sebagai seorang ibu, kena lah ada sifat toleransi. Tak boleh lah nak strict sepanjang masa sebab emosi anak-anak perlu juga dijaga supaya anak tidak rasa tertekan. Sebenarnya permainan interaktif atas talian ni juga boleh jadi bonding antara ibu dan anak bila sama-sama main game… hahaha… Tipu lah kalau saya kata saya tak main game kan. Bila tengok senarai permainan atas talian dalam plays.org ni lagi lah saya teruja.
Anda boleh layari permainan interaktif atas talian ni melalui computer secara langsung melalui laman web atau pon melalui telefon bimbit. Semua permainan dalam koleksi mereka adalah permainan HTML percuma dan tak perlu muat turun aplikasi. Jimat lah sikit ruang penyimpanan data dalam telefon bimbit ni. Best kan 😊