Bersuka Ria Di LEGOLAND® Theme Park Malaysia Resort | Bersambung lagi kisah kami di LEGOLAND®. LEGOLAND® Part 2 gittew. Nak masukkan semua cerita dalam satu entry panjang sangat pulak nanti. Jadi nya kita asingkan untuk lebih nampak tersusun sebab nak spam banyak gambar ni.. hehe.. Ok.. Selesai upacara perasmian LEGO® City 4D – Officer In Pursuit, maka bermulalah pengembaraan kami sekeluarga di Taman Tema LEGOLAND® bermula pada 23 January dan berakhir pada 24 January 2019.
Bersuka Ria Di LEGOLAND® Theme Park Malaysia Resort
Walaupon 2 hari berpeluang bersuka ria di Taman Tema LEGOLAND®. Tapi masih rasa tak puas hati sebab ada banyak tempat yang tak sempat nak explore. Memang besar lah LEGOLAND® ni di mana ianya dibahagikan kepada dua bahagian. Theme Park dan juga Water Park. Untuk LEGOLAND® Theme Park, terdapat LEGO® Ninjago™ World, Miniland, Imagination, LEGO® Technic, LEGO® Kingdoms, Land of Adventures dan LEGO® City. Ini pon tak sempat explore walaupon 2 hari apatah lagi nak ke LEGOLAND® punya Water Park. Memang tak sempat.
Sumber gambar: Legoland
Ok… Back to the story. Pengembaraan kami bermula pada 23 January 2019 dan pit stop pertama yang kami pergi adalah LEGO® City. Dalam LEGO® City ni ada macam-macam aktiviti. Tapi kami hanya sempat singgah di Driving School, Junior Driving School dan Boating School sahaja. Sebab sampai pon dah petang. Jadinya… Kejar masa selagi boleh dan sebelum LEGOLAND® tutup.
Posing dulu
Driving School
Sebelum dibenarkan memandu, anak-anak di beri penerangan dan penyampaian video mengenai keselamatan jalan raya terlebih dahulu dan juga tips lain seperti isyarat, lampu isyarat dan parking. Selesai semua baru lah masing-masing dibenarkan memandu. Aktiviti ini untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 13 tahun. Selesai sesi pemanduan, pemandu cilik ini akan diberi lessen memandu mereka sendiri. Tapia da bayaran yang akan dikenakan. Kalau tak silap dalam RM35++.
Junior Driving School
Ingat budak 6 tahun ke atas saja ker boleh belajar memandu? Nah… Kelas memandu untuk kanak-kanak 3 hingga 5 tahun pon ada yer. Bezanya diorang tak masuk kelas penerangan. Terus boleh memandu. Janji kaki pemandu dapat cecah pedal dan juga steering. Dapat lah Iman Harraz pengalaman memandu kereta LEGO®. Ada lah juga bakat dia memandu. Kalau di asah boleh pergi jauh ni… hahaha…
Boating School
Dah selesai anak-anak belajar memandu, kami pergi ke next pit stop pula. Betul-betul berdepan dengan Driving School ni, iaitu Boating School. Masa untuk menguji kemahiran navigasi anda semasa anda mengawal kapal bertema LEGO® yang berkuasa bateri melalui perairan yang tenang ke pelabuhan terakhir anda… haaa gittew. Kalau kanak-kanak umur 6 tahun dengan ketinggian minimum 120cm, boleh lah menunggang boat secara bersendirian. Kalau kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas, kena ada pengawasan orang dewasa.
Harraz naik dengan ibu
Memang layan lah menuggang boat ni. Iman Hakimi naik sampai dua kali. Untuk Boating School ni, bermula pada pukul 10.30 am – 5.30 pm. Sabtu/Ahad di buka pada pukul 10.30 am – 6.00 pm. Hari Khamis tutup yer.
Dah puas meneroka Driving School dan Boating School, kami mengembara dengan menaiki keretapi pula. Penat berjalan kan… hehe… Naik LEGOLAND® train yang akan membawa anda melaui perjalanan menuju ke Kawasan tarikan utama di Taman. Sambil duduk sambil menikmati pemandangan di sekitar taman LEGOLAND®.
Lunch Di Market Restaurant LEGOLAND® Malaysia
Sumber gambar: Legoland
Dalam Market Restaurant ni ada disediakan makanan Asia dan Barat. Antaranya ayam panggang, pizza, pasta, nasi ayam, salad, buah-buahan, pencuci mulut dan banyak lagi. Memang luas dan selesa lah. Anda boleh pilih sama ada nak makan di luar restaurant atau di dalam. Yang best nya, ada aktiviti untuk anak-anak. Aktiviti mewarna. Siapa mewarna paling cantik dapat lah hadiah. Tak ada lah anak-anak bosan menunggu makanan kan. Waktu operasi pula bermula pada hari Rabu – Ahad jam 11:00 pagi hingga 5:00 petang. Manakala pada hari Isnin dan Selasa pula tutup.
Ok… Dah selesai jalan-jalan dan makan-makan sampai LEGOLAND® Theme Park pon nak tutup, tiba masa untuk check-in hotel pula. Untuk hotel ni saya akan share dalam next entry. Jadinya… Saya sambung pengembaraan pada hari kedua @ 24 January 2019 pula yer. Selepas habis majlis pelancaran LEGO® City 4D – Officer In Pursuit, kami isi perut terlebih dahulu sebab dah masuk waktu lunch.
Kali ni lunch di Pizza Mania. Menyediakan hidangan Itali iaitu Pizza dengan pelbagai topping, pasta, sup, salad organic, minuman dan pencuci mulut. Makanan untuk vegetarians pon ada. Tapi ianya akan disediakan mengikut permintaan. Restaurant pon luas, selesa dan santai lah. Memang makanan dekat Pizza Mania ni semua sedap-sedap. Pizza, croissant, bihun goreng, eh!... Terbayang-bayang lah kesedapannya. Waktu operasi pula bermula pada hari Jumaat – Selasa jam 11.00 pagi hingga 5:00 petang. Tutup pada hari Rabu dan Khamis.
Ok… Dah kenyang semua, kami sambung kembara dalam LEGOLAND® yang masih belum di jejaki. Destinasi pertama adalah dunia IMAGINATION. Dalam ni ada Build & Test, DUPLO® Playtown, Kids Power Tower, LEGO® Studios & Observation Tower. Tapi hanya sempat masuk LEGO® Studios dan tempat-tempat ini saja.
Ok… Dah kenyang semua, kami sambung kembara dalam LEGOLAND® yang masih belum di jejaki. Destinasi pertama adalah dunia IMAGINATION. Dalam ni ada Build & Test, DUPLO® Playtown, Kids Power Tower, LEGO® Studios & Observation Tower. Tapi hanya sempat masuk LEGO® Studios dan tempat-tempat ini saja.
Next pit stop, Observation Tower. Nikmati permandangan Taman Tema LEGOLAND® dengan pusingan 360 darjah bila naik Menara ni. Memang best. Taka da rasa gayat pon… hehe.. Boleh tengok betapa besarnya LEGOLAND® Theme Park ni.
Sumber gambar: Legoland
Royal Joust
Yang ini pula aktiviti berkuda. Bersiar-siar dengan kuda. Tapi kuda LEGO®. Dapatlah Qahirah and Qhalif fefeeling Cowgirl and Cowboy.. hehe.. Sesuai untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas.
The Dragon
Ok… Ini last pit stop kami sebelum berangkat pulang. Naik roller coaster The Dragon. First round husband dengan Iman Hakimi yang naik. Iman Qhalif ikut saja. Saya tunggu dekat luar. Ingatkan Qhalif tak lepas naik. Rupanya The Dragon ni untuk kanak-kanak umur 6 tahun ke atas. Keluar je dari Castle Stage tu si Qhalif dah terjerit ‘Ibu… best kita naik roller coaster’. Wahhh… Berani betul budak ni. Cakap dengan husband ‘Rasa macam nak naik, tapi takut’. Husband cakap ‘Qahlif pon berani naik’.. ppffttt…
Sumber gambar: Legoland
Miniland
KLCC... Abaikan muka kembang semangkuk tu ☺
Overall… Memang tersangat best. Cuma tak puas hati sebab tak habis explore. Ada juga tempat-tempat yang ditutup sebab under construction macam LEGO® NINJAGO™ WORLD. Dan banyak tempat best-best tak sempat nak singgah sebab nak kejar masa. Letih? Macam saya dan suami memang letih lah. Walau letih tapi happy sebab tengok anak-anak enjoy. Bagi anak-anak pula, tak ada istilah letih. Kuat betul energy diorang. Harap ada rezeki kami untuk datang ke LEGOLAND® Malaysia Resort lagi sebab tak puas.
Siapa yang belum pernah pergi tu, Harap-harap ada rezeki anda ke sini juga nanti. Untuk yang sedang merancang percutian ke LEGOLAND® Theme Park Malaysia Resort, ini harga tiket nya. Untuk maklumat terkini mengenai promosi dan aktiviti, boleh follow social media LEGOLAND® Malaysia Resort di:
Website
https://www.legoland.com.my/
Facebook
LEGOLAND Malaysia
Instagram
@legolandmalaysia
Alamat
LEGOLAND® Malaysia Resort
7, Jalan LEGOLAND, Bandar Medini
79250 Nusajaya, Johor Darul Takzim, Malaysia
No. Telefon
07-597 8888