Kasut Sekolah Putih VS Kasut Sekolah Hitam | Yang Mana Jadi Pilihan?
Back To School Saturday, December 08, 2018
Sedang buat persiapan untuk kelengkapan persekolahan anak-anak ke tu? Pejam celik pejam celik, tak lama lagi dah nak buka sekolah. Sebab itu lah pentingnya persediaan awal untuk kelengkapan persekolahan anak-anak seperti baju sekolah, bag, alat tulis, buku dan juga kasut. Bukan apa, kalau beli lambat-lambat nanti takut kehabisan saiz. Terutama untuk baju sekolah dan juga kasut sekolah. Sebab pernah merasa beli last minute. Banyak saiz yang dah habis.
Bercakap mengenai kasut sekolah kan, baru-baru ni kecoh mengenai kasut sekolah warna putih dan juga kasut sekolah warna hitam. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak. Pada saya, isu ini mungkin sudah mengambil kira pandangan dari pihak yang berkepentingan seperti ibu bapa, guru-guru dan murid murid sebelum ianya dilaksanakan. Alaaaa… lagi pon perlaksaannya masih lambat lagi. Ianya akan mula dikuatkuasakan sepenuhnya bermula pada tahun 2021. Boleh saja nak pakai kasut sekolah warna putih atau pon hitam.
Bagi saya kan, yang penting bukan warna kasut sekolah. Tapi kualiti sebuah kasut sekolah itu sendiri. Kalau beli kasut murah, berapa lama saja tahan. Masuk pertengahan tahun persekolahan, kasut dah nampak buruk dan koyak sana sini. Paling sedih, belum masuk tengah tahun kasut dah jahanam. Dalam setahun berapa kali nak tukar kasut. Ini dari pengalaman saya sendiri tau. Kasut biasa tu memang jenis cepat rosak dan mudah terkoyak.
Kenapa PALLAS jadi pilihan?
Baik beli kasut mahal tapi tahan lama dan berkualiti dari beli kasut murah tapi nak kena beli banyak kali. Kos nya sama sahaja kalau beli kasut mahal kan. Dan dalam banyak-banyak jenama kan, PALLAS antara yang menjadi pilihan. Memang dari zaman saya sekolah lagi kasut PALLAS ni dah ada. Nampak tak betapa lama jenama PALLAS ini bertahan sebab kualiti nya.
Dan untuk persekolahan tahun 2019 ni, saya sudah pon mendapatkan kasut PALLAS untuk anak-anak saya iaitu:
Brand: Jazz
Style
- Velcro strap design
- Durable canvas upper combined with PVC for long lasting wear
- Proven extra superlight weight "X-Light"
- Foam lining for extra comfort and protection
PALLAS JAZZ SINGLE VELCRO STRAP 205-0165
Style
- Velcro strap design
- Durable canvas upper for long lasting wear
- Proven extra superlight weight "X-Light"
- Foam lining for extra comfort and protection
PALLAS JAZZ LO CUT SHOE LACE 7328
Brand: Jazz
Style
- Signature and unique Jazz lace up design
- Padded collar and footbed for supreme fit and shock absorption
- Durable canvas upper for long lasting wear
- Canvas lining for excellent breathability and extra comfort
- Rubber insole with arch support for superb comfort fitting
- Rubber outsole for excellent grip
Kualiti Kasut Pallas
Dalam pemilihan kasut, keselesaan adalah keutamaan. Memilih kasut yang selesa untuk anak-anak adalah sangat penting. Daripada jenama kasut, saiz kasut dan juga material kasut perlu di ambil kira. Budak-budak kan, pergerakan mereka sangat active dan tahap pengudaraan pada kasut juga amat penting untuk mengelakkan kasut berbau. Ciri-ciri yang saya cari ini ada pada kasut PALLAS dimana rangkaian kasut mereka mementingkan keselesaan untuk semua peringkat dengan memfokuskan pada gaya, kualiti dan nilai.
Yang best, kasut PALLAS JAZZ SINGLE VELCRO STRAP (205-0164) dan PALLAS JAZZ SINGLE VELCRO STRAP (205-0165) ni ringan dan sangat sesuai untuk anak-anak yang active kerana Extra Light yang terdapat padanya membantu mengurangkan beban berat ke sekolah. Secara tidak langsung dapat membantu kanak-kanak berkembang dengan kaki yang sihat. Manakala PALLAS JAZZ LO CUT SHOE LACE (7328) pula mempunyai sokongan lengkungan yang terdapat pada kasut dimana ia dapat melegakan ketegangan pada otot. Best kan.
Jom beli kasut PALLAS untuk keselesaan anak-anak. Korang boleh dapatkan di Aeon, Tesco, Mydin and lain-lain tempat untuk promosi Back To School. Boleh juga beli secara online tau. Ada disediakan cara untuk measurement kasut. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh layari:
Website
Facebook : https://www.facebook.com/PallasMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/pallasmalaysia/
Foot Measurement Guide: https://www.wow2wee.com/w2w-measurement-guide