Jom ke SEEngapore dengan Traveloka Promo Code | Bila scroll gambar-gambar lama dekat dalam PC ni kan, sekali nampak pulak gambar masa pergi Universal Studios, Singapore. Masa pergi tu tahun 2013. Dah lima tahun berlalu rupa nya. Dah alang-alang bercerita pasal trip Singapore ni, kita throwback balik lah macam mana boleh sampai ke USS sana kan. Sebab cerita pasal trip Universal Studios, Singapore ni pon saya tak story mory dalam blog lagi… huhu…
Jom ke SEEngapore dengan Traveloka Promo Code
Actually trip ni adalah hadiah dari tempat kerja saya sekarang ni sempena ulangtahun Syarikat. Memang excited lah bila dapat tahu yang company buat trip pergi Universal Studio, Singapore. Tapi masalah nya… Passport tak ada. Maklumlah… Orang tak pernah travel over the sea kan. Maka buat lah passport. Dugaan buat passport jangan cakap lah. Pergi Putrajaya, system offline. Pergi pula cawangan Jalan Reko. Seharian dekat Jabatan Imigresen Jalan Reko sebab orang yang ramai. Dari luar dah beratur panjang. Dugaan betul.
Untuk company trip ni pula, tak boleh bawa family. Dah lah masa tu Iman Qhalif baru masuk setahun dua bulan rasanya dan menyusu badan lagi. Kalau tak pergi trip ni rugi pulak sebab bukan selalu dapat peluang macam ni kan. Alhamdulillah stok susu masih ada. Husband lah yang take over jaga anak-anak. Sedih juga lah walaupon hanya pergi untuk dua hari satu malam saja sebab tak pernah berjauhan lagi dengan anak-anak.
Hari yang ditunggu pon tiba. Seawal 6 pagi kami dah kena turun untuk breakfast sebab pukul 7 pagi bas dah nak bertolak masuk Singapore. Rasa tak sabar nak masuk Universal Studio, Singapore tu jangan cakap lah. Maklumlah… 1st time kan. Sampai-sampai jer dah tersenyum lebar.. Finally… Sampai juga dekat tempat yang terkenal ni. Kalau dah sampai Universal Studios, Singapore tu memang harus lah ambil gambar dekat signboard Universal Studios tu kan.
Masuk-masuk jer dah rambang mata. Sebab tak tahu nak mula dari mana dulu ni. Kalau korang nak tahu, antara bahagian dan tarikan menarik yang terdapat di Universal Studios Singapore ni adalah Hollywood. Madagascar, Far Far Away, The Lost World, Ancient Egypt. Sci-Fi-City dan New York. Tapi tempat pertama yang saya tuju dulu sudah semestinya Sci-Fi-City sebab nak naik Transformers Ride.
Transformers Ride ni merupakan wayang 3D. Sanggup beratur panjang. Merasa juga lah diselamat kan oleh Transformers. Memang macam real betul lah. Tapi sepanjang masa dalam USS ni memang tak naik pon roller coaster sebab tak berani lah… hehehe… Cuma pergi dekat bahagian-bahagian menarik dalam USS ni saja sambil berangan… Bestnya kalau dapat bawa anak-anak dan suami datang sini. Kalau ada rezeki memang nak sangat bawa family datang USS ni sebab best sangat.
Dah kebetulan bercerita pasal Singapore ni kan, banyak juga tempat-tempat menarik yang ada dekat Singapore ni kan selain dari Universal Studios Singapore. Antaranya Pulau Sentosa, Orchard Road, Jurong Bird Park, S.E.A Aquarium, Gardens By The Bay, Night Safari Singapore, Bugis Street dan banyak lagi kot. Best juga kalau dapat explore Singapore ni kan.
Kalau korang tak pernah pergi Singapore tapi teringin nak pergi atau sesiapa yang sedang merancang nak pergi bercuti ke Singapore, bolehlah tempah dengan pakar dalam percutian ni. Siapa lagi kalau bukan dengan Traveloka. Sebab dengarnya Traveloka ada buat Promo Code dengan RM50 flat rate discount untuk penerbagan pergi dan balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia ke Singapore. Untuk tempahan hotel pula korang boleh dapat tawaran potongan sehingga 20% di Singapore dan tiada kupon diperlukan. Menarik sangat ni.
Syarat-Syarat Dan Cara Membuat Tempahan
Tak susah pon nak buat penempahan. Korang boleh tempah melalui laman web Traveloka atau boleh terus tempah melalui aplikasi Traveloka di Handphone. Jangan lupa menggunakan kupon GOSG untuk mendapatkan discount. Tapi sebelum nak membuat penempahan, korang kena baca syarat-syarat ni dulu:
- Promosi MYR50 hanya sah untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia dalam satu booking ID sahaja tau
- Pilih penerbangan dan gunakan kupon kod “GOSG” sewaktu masa pembayaran
- Pilih hotel yang mempunyai diskaun 20% dari harga asal daripada senarai hotel yang terlibat. Jangan pilih sembarangan hotel. Hanya hotel yang terlibat sahaja yer.
- Tempoh tempahan: 1 September hingga 30 September (Subject to change)
- Tempoh Perjalanan: Anytime
Jangan lepaskan peluang ke SEEngapore dengan menggunakan Traveloka Promo Code! Ni tau. Korang boleh klik dekat link ini ke https://www.traveloka.com/ms-my/promotion/seengapore . Cuti sekolah pon lagi beberapa bulan saja lagi kan. Boleh dah kalau nak merancang percutian bersama keluarga tersayang. Sebab Jom ke SEEngapore dengan Menggunakan Traveloka Promo Code ni boleh digunakan untuk berjalan pada bila-bila masa saja. Tapi jangan lupa yang tempoh penempahan bermula 1 - 30 September tau untuk korang dapat Promo Code ni.