5 Sebab Kenapa Kena Cuba EllVita Susu Kambing VACHOC 10Plus!! | Apa yang korang bayangkan bila sebut pasal susu kambing? Dah tentu baunya yang hamis kan. Tapi bukan kerana kambing tak mandi yang jadi penyebab susu kambing bau agak hamis yer… Hahaha… Tapi dah kejadian susu tu memang bau dia macam tu kot. Tapi hamis-hamis bau susu kambing pon, banyak khasiat yang terkandung didalamnya tau. Kalau dulu mungkin susu kambing belum divariasikan dalam pelbagai perisa. Tapi sekarang dah ada macam-macam perisa susu kambing. Ni nak share 5 Sebab Kenapa Kena Cuba EllVita Susu Kambing VACHOC 10Plus.
Teringat masa dalam pantang anak ke empat dulu. Anak kena jaundice. Antara petua untuk turunkan bacaan jaundice adalah dengan minum susu kambing. Allahu… Demimu anak, ibu sanggup minum pure susu kambing. Memang terasa hamis dan bau nya agak kuat jugak lah. Time tu tak jumpa pulak susu kambing yang ada perisa… hahaha… Sekarang ni banyak dah produk yang keluarkan susu kambing. Antaranya dari jenama EllVita Susu Kambing. Aku dah pon mencuba EllVita Susu Kambing VACHOC 10Plus ni. Kalau korang tak boleh nak minum susu kambing pure tu, korang boleh cuba EllVita Susu Kambing VACHOC 10Plus sebab:
5 Sebab Kenapa Kena Cuba EllVita Susu Kambing VACHOC 10Plus
1) Tak Hamis
Serious… Pertama kali kau minum rasa macam tak percaya yang itu ada lah susu kambing. Tapi perasa coklat lah. Sebab tak ada bau hamis dan tak ada rasa macam susu kambing, Kalau yang pernah minum susu kambing, korang boleh bezakan macam mana rasa susu kambing dan susu lembu. Tapi EllVita Susu Kambing VACHOC 10Plus ni memang tersangat sedap.
2) Gabungan Vanilla dan Chocolate
Bila perasa Vanilla dan perasa Chocolate bergabung, memang bergandalah kesedapannya. Susu dengan dua rasa gittew. Siapa peminat minuman vanilla dan chocolate memang patut cuba ni. Rasa sekali pasti nak lagi sebab sedap. Rasa tak cukup minum secawan.
3) Diperkaya dengan 10 makanan sunnah dan bahan semulajadi
Terdapat 10 jenis kandungan makanan sunnah yang terdapat didalam EllVita Susu Kambing VACHOC 10Plus seperti Ginko Biloba, Buah Delima, Buah zaiton, Kurma, Buah Tin, Kismis, Badam, Saffron, Habbatus Sauda dan Manna. Selain daripada itu, ianya 100% organik dan tanpa pewarna tiruan.
4) Kaya Dengan Nutrisi
Seperti yang kita tahu, susu kambing kan berkhasiat sebab ianya kaya dengan kalsium untuk tulang dan gigi. Mengandungi DHA untuk minda. Terdapat Vitamin untuk ketahanan badan, imunisasi dan fungsi organ serta sumber yang kaya dengan Protein, Iron, Folate, Omega dan Energy untuk kita kekal bertenaga ketika waktu bekerja dan waktu belajar.
5) Banyak kelebihan dan Khasiat
Kalau korang nak tahu, produk EllVita ni di formulasikan oleh Dr perubatan. Tak perlu risau ok. Antara kelebihan dan khasiatnya ialah:
- Meningkatkan kesihatan dalaman dan luaran.
- Baik untuk sistem penghadaman dan usus.
- Bersifat alkali dan tidak menyebabkan alahan
- Meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan minda
- Menguatkan daya ketahanan seperti tulang, gigi, otot, sel kulit, saraf dan sistem imunisasi tubuh badan
Siapa Boleh Minum EllVita Susu Kambing VACHOC 10Plus?
Jangan risau sebab ianya sesuai untuk seisi keluarga dan sangat sesuai untuk pelajar-pelajar yang masih belajar untuk perkembangan minda dan kecergasan badan ketika belajar serta untuk yang kuat bekerja supaya kekal bertenaga. Untuk yang sedang ikhtiar untuk hamil, boleh juga mencuba. Yang menyusukan anak. Untuk bayi dan kanak-kanak pula, disarankan oleh doctor untuk minum selepas setahun yer.
Antara Testimoni Pengguna
Banyak testimoni dari penggua yang berpuas hati lepas mengamalkan EllVita Susu Kambing VACHOC 10Plus ni. Korang boleh baca dekat [SINI]. Banyak sangat kalau nak letak testimoni dalam blog ni... hehehe...
Dah amalkan since mengandung. Alhamdulillah... Anak bebas jaundice ☺
Mengekalkan tenaga masa belajar ☺
Wahhhh... Boleh meningkatkan penghasilan susu ibu juga ☺
Selain dari boleh dimunum begitu sahaja, korang boleh variasikan dengan masakan. Haaaa!!! boleh masak apa dengan EllVita Susu Kambing VACHOC 10Plus ni? Memagn best sangat lah. Meh tengok kat [SINI] apa yang boleh korang buat selain dari diminum:
Kek Pisang Vachoc
Kek Choc Brulee (Vachoc + Orgalac)
Vachoc Milk Shake
Cara Penyediaan
Tak susah pon nak bancuh EllVita Susu Kambing VACHOC 10Plus ni. Cuma masukkan 4 skop atau 1 sachet VaChoc (25g-30g) ke dalam 180ml - 200ml air suam dan kacau hingga larut. Kalau nak sejuk, boleh tambahais ikut citarasa sendiri. Cuma perlu di ingat, elakkan dari menggunakan air panas mendidih bagi mengekalkan khasiat susu kambing VaChoc ok. Mana-mana susu tepung pon tak boleh bancuh dengan air panas kan.
Untuk produk Ellvita ni, terdapat perasa lain juga selain dari EllVita Susu Kambing VACHOC 10Plus, iaitu Orgalac Asli, Orgalac Vanilla dan Premium Berry. Terdapat 20 sachet x 25g dengan berat bersih 500g dalam setiap kotak. Pengambilan pula sebanyak 2 kali untuk 1 cawan pada waktu pagi dan 1 cawan lagi pada waktu malam.
Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai product EllVita yang lain atau korang nak mencuba product EllVita Susu Kambing dan nak buat pembelian, boleh refer detail dibawah: