Jom Terbang Ke Beijing Dengan AirAsia | Ingat AirAsia... Ingat tambang murah kan... Haa... gittew. Hye korang. Busy dengan kerja ker tu? Harap semuanya baik-baik sajalah ya. Jangan lah stress sangat dengan kerja tu. Kalau rasa stress, apa kata korang pergi bercuti. Bercuti pon antara terapi stress jugak kan. Baru-baru ni aku stalk IG member aku. Seronok betul tengok gambar dia sedang bercuti di Beijing. Baca jugaklah caption dia yang mengatakan Beijing ni best dan wajib dilawati sekurang-kurangnya sekali.
Teruja betul aku membaca kisah dia dan terus cari Google untuk search “tempat menarik di Beijing”. Tu dia… Memang banyak betul tempat-tempat yang best di Beijing untuk dilawati. Aku rasa kalau pergi sehari dua je memang tak cukup nak cover semua tourist attractions di sana tu. Banyak bangunan bersejarah yang unik, mercu tanda yang gah dan shopping mall yang besar serta pelbagai makanan yang menarik untuk dicuba.
Teruja betul aku membaca kisah dia dan terus cari Google untuk search “tempat menarik di Beijing”. Tu dia… Memang banyak betul tempat-tempat yang best di Beijing untuk dilawati. Aku rasa kalau pergi sehari dua je memang tak cukup nak cover semua tourist attractions di sana tu. Banyak bangunan bersejarah yang unik, mercu tanda yang gah dan shopping mall yang besar serta pelbagai makanan yang menarik untuk dicuba.
Jom Terbang Ke Beijing Dengan AirAsia
Antara tempat menarik yang mencuri perhatian aku dan buat aku tertarik untuk terbang ke sana ialah Tembok Besar China atau dikenali juga sebagai Great Wall of China. Korang pun tahu kan, Tembok Besar China ni adalah salah satu daripada 7 keajaiban dunia. Katanya, view di atas puncak tembok tu sangat cantik. So, kalau dah sampai ke Beijing tapi tak singgah ke sana memang rugilah. Seterusnya, aku teringin nak ke Forbidden City dan Temple of Heaven. Kedua-dua tempat ni adalah antara bangunan yang unik dan mempunyai seni binanya yang tersendiri. Wangjing SOHO pun tak tertinggal dalam listing sebab bagi aku ia suatu bangunan yang sangat moden dan canggih which is di dalamnya mempunyai ruang pejabat, shopping kompleks dan tempat tinggal.
Tembok Besar China @ The Great Wall of China
Kena gigih kalau nak mendaki Tembok Besar China ni.
Forbidden City
Cantik sangat kan.
Temple of Heaven
Wangjing SOHO
Unik sangat binaan Wangjing SOHO ni kan.
Teruja betul aku tengok gambar-gambar ni. Jadi nya kan, bila kau dah mula usha-usha tempat yang menarik di Beijing ni, kau jadi tak keruan lah pulak. Rasa macam nak terbang ke sana sekarang juga tau sebab tertarik dengan tempatnya yang menarik. Tapi kan, sebelum kita nak pergi bercuti ke suatu destinasi especially ke luar negara, kita kena planning dengan lebih detail. Kena buat survey. Contohnya harga flight ticket. Bagi orang yang tak pernah travel jauh ke luar negara macam aku ni, memang tak ada apa yang diinginkan melainkan dapat menikmati penjimatan penerbangan yang hebat, lebih-lebih lagi ke luar negara.
Jadinya… Dari pemerhatian aku, terbang dengan penerbangan AirAsia adalah sangat menarik sebab offer yang ditawarkan memang sangat terbaik berbanding dengan airlines yang lain. Memang excited lah kalau dapat terbang sebab dapat tiket dengan harga yang murah kan. Korang nak jugak tak nikmati promosi yang ditawarkan ni? Tak susah pon. "Jom klik to book airasia here sekarang juga". Lagi meriah kalau kita bercuti secara beramai-ramai kan.
By the way, kalau korang inginkan flights yang ringkas, Low Cost ticket adalah pilihan yang tepat. Tapi bagi aku, kalau dah alang-alang ada pilihan tiket flights yang lebih selesa dengan harga yang rendah, why not kita just book that offer, betul tak? Kalau korang nak tahu, Premium Flex ticket ni actually sangat fleksibel serta banyak kelebihannya. Antaranya, korang akan dapat peruntukan checked-in bagasi seberat 20 kg dan AirAsia juga allows for 7 kg hand carry bag. Haaa… kira okay juga kan? Lagipun, korang nak pergi backpacking saja bukannya moving. Kira ok lah offer macam tu… Hehehe…
Selain itu, kawan aku kata perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur ambil masa kira-kira dalam lebih kurang 4 jam. So, kalau perut korang jenis cepat lapar macam aku ni, Aku suggest silalah buat pre-booked in flight meal ya. Nanti takdelah perut tu dok main lagu keroncong saja… Hahaha… Lagipun ada pelbagai pilihan hidangan yang disediakan dan semuanya nampak sedap-sedap belaka serta harganya juga sangat affordable. Aku nak try to book Nasi Lemak AirAsia sebab ramai bagi reviews yang positif pasal nasi ni. So, aku nak tahu jugalah apa yang uniknya rasa resipi Pak Naseer ni kan. Then, aku nak order Pai Kotej for extra meal. Mana lah tahu tak kenyang nanti. Aku kan kuat makan. Bagi korang yang suka dengan masakan mamak tu bolehlah try order Mi Goreng Mamak Kamal, siap sekali dengan the tarik lagi. I think it’s really good attraction from Air Asia.
Ini lah dia perancangan aku. Detail tak planning nya. Siap nak order hidangan apa kan… Ngeee… Sebelum aku end up the story, ada info lagi yang aku nak share ialah korang sebenarnya boleh redeem points. Airline ni bukan saja offer the cheapest flights but korang juga boleh menikmati penerbangan secara percuma. Haaa… Mesti korang suka kalau dapat fly ke destinasi impian dengan percuma kan? Bukan sekadar setiap kali pembelian flight tickets saja, malah setiap kali korang berbelanja di tempat lain seperti di shopping malls korang juga masih boleh kumpul points. Best kan? Korang pon tak sabar nak terbang ke Beijing ke? Kalau macam tu, untuk memudahkan pencarian flight korang, let’s book airasia now. Jangan tunggu lama-lama tau, nanti lama-lama tiket dikebas orang. Dah macam lagu pulak… Hahaha….