Rahsia Kulit Cantik, Licin Dan Berseri!! | Mengimpikan kulit wajah yang cantik, licin, tak berjerawat dan bermasalah antara impian setiap wanita kan. Bukan wanita jer. Orang lelaki pon sangat mementingkan penjagaan kulit wajah tau sekarang ni. Semua orang nak kulit yang sihat. Lebih-lebih lagi bila pertambahan umur yang makin meningkat ni. Lagi lah nak kena jaga kulit.
Rahsia Kulit Cantik, Licin Dan Berseri!!
Macam aku ni kan. Lately rasa kulit macam dah start naik jeragat. Texture kulit muka pon rasa macam kasar jer. Tak suka betul rasanya. Dulu masa anak dara, rajin betul aku sapu muka dengan putih telur setiap malam. Kadang-kadang sapu dengan lendir pokok aloe vera. Dulu dekat rumah mak memang ada tanam pokok aloe vera ni. Best jer bila sapu. Kulit rasa licin dan cantik. Tapi sejak kahwin dan dah ada anak berderet ni, semua benda yang aku pernah buat dulu aku tinggalkan. Rasa macam tak ada masa nak buat dah. Lagi pon kat mana nak cari pokok aloe vera.
Nak cantik tapi malas nak buat semua tu kan.. Ngeee... Tapi sekarang ni dah tak malas sebab tak payah dah nak pakai lendir pokok aloe vera lagi bila aku dah jumpa LOVERA MAGIC JELLY yang katanya boleh melindungi, memperbaiki dan menambah baik kulit sebab salah satu bahan kandungannya terdiri dari pokok aloe vera.
Seperti yang kita sedia maklum, pokok aloe vera kan banyak khasiatnya dimana ia boleh melembabkan kulit, mengurangkan jerawat, merawat parut jerawat, melicinkan kulit dan mematikan pigment hitam sebab Aloe Vera mempunyai kandungan Vitamin C dan E serta beta kerotin yang tinggi. Inilah yang terdapat dalam LOVERA MAGIC JELLY. Kalau korang nak tahu, aloe vera dah digunakan beribu tahun dulu sejak zaman Cleopatra tau.
Apa Kelebihan LOVERA MAGIC JELLY Ni?
Menarik sangat sebab ianya bukan boleh dipakai hanya pada muka sahaja, tapi pada anggota badan yang lain jugak. Senang cerita.. Boleh dipakai dari hujung rambut hingga hujung kaki gittew. Memang multi function lah. Antara kelebihan yang terdapat pada LOVERA MAGIC JELLY untuk manfaat kulit dan rambut ni.
Manfaat untuk kulit
- merawat masalah jerawat dengan efektif
- menghilangkan kulit kusam
- memudarkan parut lama dan baru
- memudarkan lingkaran gelap pada mata
- melegakan ekzema
- menghidrat kulit kering
- merawat sunburn
- mengecilkan liang pori
- anti penuaan
- membantu merawat ruam, alergik dan sensitif
- membaiki dan memulihkan kulit dari dalam
- menjadikan kulit menjadi lebih lembutManfaat untuk rambut
- membantu mengurangkan kelemumur
- melembutkan rambut yang tidak terurus
- boleh dijadikan sebagai serum rambut
- menggalakkan pertumbuhan rambut
Banyak kan. Paling best, untuk yang suka ber makeup tu, korang boleh jadikan Lovera Magic Jelly ni sebagai pembersih makeup tau. Selain daripada itu, ianya juga boleh dijadikan sebagai pelembap bibir untuk merawat bibir yang kering.
Best Ke Pakai Lovera Magic Jelly?
Secara jujurnya, aku suka dengan texture nya yang jernih dan tak melekit pada kulit wajah. Sebab aku tak suka benda yang lepas pakai dekat muka dia jadi melekit dan lambat nak serap. Macam ni tak perlu tunggu lama sebab ianya cepat meresap ke dalam kulit. Lepas pakai, kulit rasa fresh dan licin jer. Hanya sedikit Lovera Magic Jelly jer dah boleh sapu pada seluruh wajah. Memang jimat. Bau pon wangi.
Ni... Antara testimoni pengguna yang berpuas hati dengan hasil yang mereka dapat selepas menggunakan Lovera Magic Jelly.
Tak jadi jerawat nak membiak lepas sapu Magic Jelly
Betul.. Cepat kering dan tak melekit
Happy customer bila parut dah mula pudar
Oh! Ya... Korang tak payah risau sebab Magic Jelly oleh LOVERA ni adalah bebas dari minyak mineral, paraben merbahaya dan warna tiruan yang boleh merosakkan kulit sebab dihasilkan dari Kilang Bertauliah GMP dan dengan kelulusan KKM. Ia boleh digunakan oleh lelaki dan wanita serta sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Kena standby sebotol dalam bag sebab banyak functionnya.
Berapa Harga Dan Mana Nak Beli?
Harga untuk sebotol Magic Jelly dari Lovera ni hanya RM70.00 sahaja. Kalau nak tahu lebih lanjut dan nak buat pembelian, boleh rujuk info dibawah ni:
Website : http://www.lovera.com.my/