Kebersihan dan kecantikan pada seorang yang bergelar wanita
bukan terletak pada kulit wajah yang cantik dan bersih sahaja yer. Ia juga
melibatkan kawasan tertutup seperti bawah lengan, kawasan keintiman dan
kawasan-kawasan lain juga tau. Bercukur merupakan salah satu perkara yang
penting dan perlu dititikberatkan bagi menjaga kebersihan. Kadang-kadang nak bercukur pon rasa ngeri jugak. Ngeri sebab takut terluka. Memang kena berhati-hati juga ketika menggunakan pisau cukur. Salah cukur memang boleh mendatangkan kecederaan. Nak buat Brazilian wax… Lagi lah tak berani woihhh!!! Macam ngeri jer.
Tapi sekarang ni para wanita diluar sana tak perlu risau dan
gusar bila nak bercukur kerana VEET akan membantu anda semua dengan alat
elektronik penaggal bulu pertama yang baru bagi memudahkan proses penjagaan dan
perapian semasa bercukur iaitu VEET SENSITIVE TOUCH ELECTRIC TRIMMER. Ianya direka khas untuk
penampilan yang sempurna, menarik dan pada masa yang sama ianya sangat mudah,
cepat dan lembut pada kulit.
Dah boleh ucap selamat tinggal pada pisau pencukur, pencabut
bulu dan seangkatan dengannya lah. Selamat datang untuk VEET SENSITIVE TOUCH ELECTRIC TRIMMER. Yang bestnya dengan VEET SENSITIVE TOUCH ELECTRIC TRIMMER ni
sebab ianya pelbagai guna. Bukan setakat untuk keguaan bawah lengan dan kawasan
intim. Tapi juga boleh untuk membentuk dan merapikan kening, merapikan
sideburns serta boleh membuang bulu-bulu halus dikawasan muka.
Antara barang-barang yang terdapat didalam set VEET SENSITIVE TOUCH BEAUTY TRIMMER
Face:
1 x 2 Sided Trimming head – 16mm and 6mm
1 x comb attachment (2mm & 4mm) to uniform hair lenth
1 x Styler cap
Other Body Areas:
1 x 1 sided Trimming Head (20mm)
1 x comb attachment to uniform hair length
Other Accessories:
1 x Cleaning brush
1 x Beauty pouch to take it with you anywhere
1 x AA Battery
Aku berpeluang untuk mencuba sendiri VEET SENSITIVE TOUCH ELECTRIC TRIMMER dan hasilnya amat memuaskan. Masa mula-mula pakai tu, agak terkial-kial jugak sebab 1st time pakai peranti elektronik untuk bercukur kan. Tapi lama-lama kau akan biasa menggunakannya. Dah tak payah risau pasal terluka lagi. Menjimatkan masa kau jugak... hahaha... Yang paling best, saiz nya yang kecil dan comel serta boleh dibawa ke mana-mana sahaja, packaging nya yang berwarna pink, senang nak pakai, aksesori yang berbeza untuk setiap bahagian dan mencukur dengan tepat dan lembut.
Kalau korang nak beli atau dapatkan VEET SENSITIVE TOUCH ELECTRIC TRIMMER ni, harganya RM119.00 dan dijual di farmasi utama di seluruh negara serta ada dijual didalam talian.
Kalau nak lebih lanjut, korang boleh layari:
Website
Facebook