Di minta engkau pon terpaksalah bertabah dan berlapang dada dalam menghadapi permandangan yang indah didalam rumah ku syurgaku itu. Iyer… Makin bertambah anak kau, maka bertambah jugaklah tukang sepah lagi seorang dan kerja kau pon bertambah. Bukan setakat menyepah, memunggah pon sama. Kau serah jer kat budak nih:
I is geram betul tau. Harraz pantang nampak baju dalam bakul. Habis dia punggah. Baju yang kau baru lepas angkat dan letak atas kerusi pon, habis ditariknya bersepah atas lantai. Baju atas katil yang dah berlipat dan kau tak sempat nak susun dalam almari. Letak pulak tepi katil. Dapat kat si Harraz… memang tak dapat diselamatkan lah. Padan muka kau. Siapa suruh letak tepi katil.. ppffttt…
Yang paling memenatkan bila kau kat dapur nak masak atau nak basuh pinggan. Dia pon follow jugak. Antara favourite spot harraz adalah dapur. Kau bayangkanlah aku nak kena angkat… letak… angkat… letak… angkat… letak… berkali-kali sampai kau rasa tak ada mood nak masak lah sebab penat buat benda yang sama. Nak harapkan si Qahirah dengan Qhalif… hurmmmm… Lambat sangat respond soh amik adik. Kalau ada Kimi ok lah lagi. Ni kimi setiap maghrib gi surau (alhamdulillah).
Muka tak bersalah
Kalau dok dediam tak apa lah jugak. Ni memunggah sudu. Punggah bakul bawang sampai habis bunga cengkih aku berterabur. Pastu harraz ni mengutip, mulalah semua benda nak masuk mulut. Letak dalam baby chair, tak reti dok diam. Habis dipanjatnya.
Dek kerana tak tahan sangat. Aku nak masak pon terganggu. Kejap-kejap masuk dapur. Nahhhh... Tak dapat pagar nak halang, kerusi pon berguna jugak. Asal boleh tutup laluan tu jadi lah. Aku sendal dengan botol mineral yang besar tu. Tak dapat lah nak tolak kerusi tu. Haaaa... padan muka. Kemahen besar lagi mulut tu protes kan sebab tak lepas. Rasa macam nak beli walker jer tau.
Note: Makin lama makin lasak... huhuhu...