Restoran Mee Udang Mak Jah Kampung Menteri Kuala Sepetang @ Wangsa Walk
Aku Wednesday, July 13, 2011Kalau nak makan Mee Udang sedap, tak perlu pergi Kuala Sepetang dah. Kat Kolumpo pon dah ada uols. Last week balik umah in law kat gombak. Perhimpunan bersih pon dah clear, jenjalan lah kat Wangsa Walk. Masa nak masuk simpang tu, ternampaklah banner 'Restoran Mee Udang Mak Jah kini di buka'. Boleh cuba nih. Dah settle cari barang suma, masa untuk cari restoran mee udang ni plak.
Senang jer lokasinya. Berhadapan ngan Restoran Cheng Ho Amy Searh. Tapi kedai ni atas skit, end lot. Menghadap Butik Hajaba rasanya.
Antara yang di order sudah semestinya lah Mee Udang.
Pastu my SIL order Mee Goreng Udang.
Dengan Kuay Teow Goreng Udang.
Amacam...terliur tak...ekekekeke...Bagi tekak aku nih, overall memang sedap ah rasanya. Udang pon nampak fresh dan terasa lah kemanisan kuah udang tu pastu banyak plak udang. Tu baru order yang biasa², klo special aku rasa penuh udang semangkuk dan beso² gamaknya udang² tu ^_^. Nasi goreng udang pon ada.
Haihhhhh...terbayang² plak Mee Udang Mak Jah nih. Kalau uols nak pergi, waktu perniagaan adalah:
Isnin - Ahad @ 11.00 am hingga 10.00 pm.
Jumaat - Tutup
Bley layari blog Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang Taiping. Mak cik kedai nih siap bagi business card lagi tau. Pesanannya...klo nak datang bley call amik order dulu. Kat blog tu ada di sediakan no. HP ^_^
Sekian laporan Jalan² Cari Makan saya untuk kali nih. Gambar² adalah ehsan dari google. Tak sempat nak snap sbb suma dah selamat masuk perut...hehehehehe...
Dateline: 1 Ogos 2011 (Isnin) jam 2.00 petang.
Hadiah tajaan Fisher Price bernilai sehingga RM1,500 menanti anda.
Lumayan tak? Lumayan kan. Hadiah² dari Fisher Price plak tu. Kalau nak join, bley terjah blog My Little Secret ☺☺
Nak TAG 3 orang: