What say you? Topik hangat Dewan Rakyat dan Hot FM pagi nih.
KUALA LUMPUR 28 Mac – Sidang Dewan Rakyat hari ini ‘hangat’ apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mendakwa pemanduan golongan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya sekali gus boleh mengundang kemalangan.
Dakwa beliau, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah dengan risiko kemalangan.
Malah, ujarnya, pemandu wanita terbabit akan berasa marah selain ada yang sanggup mengeluarkan tangan mereka menunjukkan pelbagai isyarat sekiranya pemandu lain membunyikan hon.
‘‘Saya terpanggil membicarakan soal-soal sebegini kerana pada saya kemalangan boleh berlaku disebabkan kecuaian orang lain. Maka kita di jalan raya tidak juga selamat daripada pemandu-pemandu yang cuai terutama pemandu wanita.
‘‘Dia relaks, dia tidak peduli kiri kanan. Kita hon, dia marah ada juga yang sanggup keluarkan tangan dan menunjukkan pelbagai isyarat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 di Dewan Rakyat hari ini.
Kenyataan itu membangkitkan kemarahan Dr. Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja) yang serta-merta meminta Bung Moktar menarik balik kenyataan itu kerana tuduhan tersebut bersifat umum.
‘‘Minta tarik balik Yang Berhormat (YB) terutama perkara berkaitan pemandu wanita kerana ia terlalu umum,” katanya.
Bung Moktar ketika mempertahankan kenyataannya itu dengan tegas berkata, beliau ikhlas menegur kerana ia melibatkan soal keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
‘‘Saya tidak berhujah berdasarkan emosi dan itu juga tidak bermakna saya tidak menghormati wanita. Saya tetap menghormati mereka.
‘‘Namun perkara ini perlu diambil perhatian lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pemandu wanita yang baru lulus daripada ujian memandu,” katanya.
Nancy Syukri (BN-Batang Sadong) ketika mencelah berkata, kecenderungan pemandu-pemandu wanita yang baru lulus memandu secara perlahan adalah kerana mereka amat berhati-hati.
Source: UTUSAN
"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."
Salam semua.
Bersamaan dengan tajuk di atas. Iyer...aku tengah struggle, struggle untuk mengumpul stok SUSUIBU. Stok yang ada tinggal sebotol sahaja. Mood pon agak ke laut...tak sempat nak jenjalan kat blog kawan² sambil tinggalkan jejak. Yang ada dalam fikiran...nak perah susu...nak perah susu...
Aku tak tau di mana silapnya. nak masuk 2 minggu susu aku merudum. Merudum yang amat teruk sekali. Nak kata period...aku baru habis period. Tak kata tak makan...macam² aku makan. Nak kata tak pam...hari² aku pam. Kalau 2 minggu lepas aku bley dapat 12-15 oz sehari. Tapi dekat 2 minggu nih, hasil hanya 5-6 oz sehari.
'Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah
dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu,
susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku'
Sedih...teramat sedih. Dahlah valve avent terkoyak. Mengadu kat hubby. Ingatkan dapat feedback yang bagus...ajak gi kedai beli valve ker...hhhmmmmm...nan ado...sabar jerlah. Saya tak minta lebih pon abang, cuma support jer...susah ker?
Buat masa nih aku buat teknik marmet. Tapi tak banyak pon yang dapat. Adalah dalam 1-2 oz. Tu pon dah kira bersyukur...daripada tak der langsung. Kalau tak cukup susu gak, start esok time lunch hour aku kena gi nursery untuk susukan qahirah.
Kejam ker kalau aku catu susu qahirah? Atau rezeki qahirah untuk mendapat khasiat SUSUIBU hanya setakat ini sahaja? Ya Allah...permudahkanlan urusan hambamu ini. Insya'allah pam yang aku order akan dapat esok. Aku sedang berusaha sedaya upaya nak meningkatkan hasil susu. Hope susu boleh kembali meriah seperti dulu.