Salam semua
Your 6-month-old's development
Curi² masa nak update. Tak sempat lagi nak jengah blog kawan². Hari ni genap usia QAHiRAH 6 bulan. Apa lah yang berjaya tu yer? 1st stage penyususan SUSU IBU untuk 6 bulan telah berjaya...chaiyuk...chaiyuk untuk diri sendiri. AKu dah berjaya fully BREASTFEED qahirah. Macam tak caya jer. Tak sabar nak bagi qahirah solid food. Nak tengok memek muka dia bila dapat makanan yang pertama.
Alhamdulillah...kesihatan qahirah untuk 6 bulan ni sangat ok. Tak pernah demam lagi...syukur...cuma kena selsema and batuk yg heavy gak lah sampai kena Nebulizer. Tu yang badan pon nampak susut sket.
Dah boleh meniarap dengan jayanya seawal 4 bulan aritu. Skang nih dah nak angkat² montot. Kalau ibu, abah ngan abang iman makan, qahirah pandang jer...tanda dia pon nak makan gak. Kalau ada makanan kat tangan, dia akan cuba capai nak masuk dalam mulut...no..no..no...hari atau esok ibu akan bagi awak makan ^_^.
Your 6-month-old's development
Cabaran untuk 6 bulan dah lepas. Skang nih cabaran untuk melengkapkan penyusuan susu ibu untuk 2 tahun dah bermula. Semoga niat aku untuk fully Breastfeed Qahirah until 2 tahun di permudahkan olehNYA...amin...Aku tak nak kegagalan fully Breastfeed anak pertama berulang. Doakan saya yer kawan² ^_^