Ketahui 7 Kelebihan Bermain Game Dari Sudut Yang Positif | Bermain video game seringkali dikaitkan dengan stigma yang negative oleh masyarakat sekeliling dimana ianya di anggap sebagai suatu perkara yang tidak mendatangkan faedah, melalaikan, membuang masa, menghabiskan duit dan banyak lagi sisi buruk bila kita sebut tentang bermain video game ini. Trend terkini menyaksikan ramai golongan tidak kira muda atau tua lebih cenderung bermain video game dengan tujuan mengisi masa terluang, mengurangkan stress dan faktor ini juga mungkin kerana perintah berkurung (PKP) yang disebabkan oleh COVID-19 membuatkan golongan ini menjadikan bermain video game sebagai tempat untuk menghilangkan tekanan.
Selain daripada itu, ada juga yang menjadikan nya sebagai medium untuk dijadikan sumber pendapatan. Itu pun kalau ianya di manfaatkan dengan betul dan kena dengan caranya. Seperti pemainan game DOTA, Mobile Legend dan PUBG yang menjadi kegilaan ramai sekarang ini. Terdapat pertandingan yang boleh disertai dimana hadiah yang ditawarkan agak lumayan dalam bentuk matawang USD kerana ianya bukan sahaja disertai oleh peserta dari Asia Tenggara malah Antarabanga.
Sebenarnya bermain video game ini ada kelebihan dan kekurangan nya juga. Kalau kita terlalu menumpukan perhatian terhadap video game sehingga kesihatan terjejas, kurang tidur, produktif kerja / belajar pon terganggu serta tidak menghiraukan keadaan sekeliling, ianya sesuatu yang tidak sihat. Bermain video game ini ada juga kebaikan yang boleh kita manfaatkan darinya. Siapa kata bermain game itu boleh merosak kan. Nah… Saya kongsikan kesan positive dan kebaikan bermain game yang perlu anda tahu.
Ketahui 7 Kelebihan Bermain Game Dari Sudut Yang Positif
Bermain game dikatakan mampu mengasah otak untuk menjadi lebih fokus dan berfikir dengan teliti dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Baik otak kiri atau pon otak kanan, kedua-duanya berperanan penting dan memiliki fungsi nya yang tersendiri untuk mengendalikan tubuh kita