Program Percuma RichWorks ‘Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0’ Anjuran Dr Azizan Osman Bantu Usahawan Terkesan Pandemik Covid-19
Dr Azizan Osman Thursday, August 26, 2021Program Percuma RichWorks ‘Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0’ Anjuran Dr Azizan Osman Bantu Usahawan Terkesan Pandemik Covid-19 Ó€ Pandemik Covid-19 yang melanda negara dan juga dunia sejak ianya bermula pada tahun 2020 banyak memberi kesan yang mendalam buat semua. Nak masuk dua tahun pendemik berlaku menyebabkan bukan sahaja emosi terjejas malahan perniagaan turut terjejas secara tidak langung memberi tekanan yang hebat buat mereka yang menjalan kan urusan perniagaan. Lebih-lebih lagi bila hasil pendapatan dari perniagaan merupakan sumber utama untuk menampung perbelanjaan harian dan keluarga.
Kesan Pandemik Terhadap Dunia Perniagaan
Impak dari pendemik ni menyebabkan banyak perniagaan yang terpaksa ditutup, peniaga gulung tikar dan ramai juga yang hilang pekerjaan sejak PKP 1.0 bermula dan berlarutan sehingga PKP 3.0 pula sekarang ni. Paling terkesan adalah golongan B40, perusahaan mikro dan juga perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Cabaran yang besar buat usahawan yang hilang sumber pendapatan untuk kelangsungan hidup. Bila mendengar luahan seorang kawan yang terpaksa berhenti kerja bila syarikat terpaksa ditutup atas sebab kerugian mengundang rasa simpati yang tinggi. Untuk membantu suami dalam menambah ekonomi keluarga, kawan saya ni mula berniaga dari rumah. Memang macam-macam dia jual.
Tai nak memulakan perniagaan bukan lah satu perkara yang mudah. Modal kena ada, Mental dan emosi kena kuat sebab dunia perniagaan ni banyak saingan nya. Kena juga ada ilmu dan belajar macam mana nak mantapkan perniagaan. Banyak juga seminar-seminar perniagaan yang dianjurkan untuk membantu usahawan dalam perniagaan. Antaranya RichWorks International Sdn Bhd yang diasaskan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman. Kalau anda nak tahu, ada program percuma ‘Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0’ anjuran Dr Azizan Osman dalam usaha untuk membantu usahawan yang terkesan dengan Pendemik Covid-19.
Tujuan Program Percuma Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0
Program ini akan berlangsung selama 3 hari bermula pada 27 – 29 Ogos 2021 khas untuk usahawan dan mereka yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan serta ingin menjana kewangan berganda dengan solusi bisnes dan pemasaran online. RichWorks adalah penganjur yang paling memahami lanskap peniaga tempatan dan sasaran pasaran kerana pengalaman mereka selama 13 tahun. Menurut Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International, Radz Mohd:
“RichWorks International mahu terus menyokong usahawan termasuk orang ramai untuk melihat peluang baru bukan saja dapat jana pendapatan dan bertahan malah menyaksikan peningkatan bisnes melalui ilmu, strategi yang terbukti berjaya.”
Memang rugi kalau tak turut serta dalam program ni sebab seperti yang kita sedia maklum, harga seminar Dr Azizan RichWorks makan kos ribu-ribu juga tau. Tapi untuk ‘Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0’ ni kos nya adalah percuma kerana RichWorks nak bantu ramai orang untuk berjaya dalam perniagaan. Kalau nak tahu, program-program percuma ini sebenarnya dah dibuat sejak tahun lalu oleh Datuk Azizan Osman bersama RichWorks ketika PKP 1.0 lagi. Setakat ini RichWorks sudah melatih dan membimbing lebih 1.1 juta peserta dan usahawan hingga berjaya melihat perubahan hidup mereka sejak tahun 2008 melalui Program Live Event dan Virtual Online. Memetik kata-kata Datuk Wira Dr Azizan Osman:
“Benda yang paling berikan kita kekuatan adalah bila melihat orang yang hidup susah, dengan izin Allah melalui ilmu sedikit sebanyak kita berikan, membuatkan hidup mereka (usahawan) berubah."
“Malah bukan setakat hidup berubah, mereka bagi manfaat pula kepada orang lain, boleh bayar zakat, bayar cukai melibatkan bukan seorang tapi ramai sebegitu.”
Apa Yang Bakal Dipelajari Dalam Program Percuma Ini?
- Memahami kenapa digital adalah lubuk emas peniaga dan usahawan era pandemic
- Langkah dan persediaan lengkap peniaga sebelum beralih kea rah digital
- Pelajari strategi digital yang boleh buat duit sekarang
- Kenal pasti strategi digital paling sesuai untuk jenis dan tahap perniagaan anda
- Mengenali platform digital yang paling sesuai untuk membantu kelangsungan bisnens sekarang
- Case Study dari bisnes, peniaga dan usahawan yang berjaya uba cara berniaga dari norma lama kearah digital