Alarm Clock Dan Ramadan | Biasalah kan.. Bila datang bulan Ramadan, mak-mak lah yang paling sibuk. Memikirkan nak masak apa untuk bersahur dan berbuka nanti. Preparation barang-barang basah untuk bersahur dan berbuka. Haishhh... Memang macam-macam lah nak fikir. Selain dari memikirkan preparation untuk sambut Ramadan kan, ada juga perkara penting yang mak-mak ni nak kena buat. Setting alarm clock untuk bangun bersahur lah.
Alarm Clock Dan Ramadan
Kalau sebelum ramadan alarm clock dah berderet. Bila tiba bulan Ramadan tambah berderet alarm clock yang kau set kan. Biasalah... Ibu bekerjaya memang alarm clock berderet macam ni. Setting bukan main awal lagi kan. Konsepnya... Kalau tak sedar pukul 4, Ada lagi bunyi pukul 4.30 nanti. Begitu lah seterusnya. Kalau tak sedar jugak. Mungkin bateri Handphone dah habis.. Hehe.. Jangan terlajak sahur sudah lah yer.
Tapi itu lah. Bila dah set alarm clock pon kadang-kadang kau tak sedar jugak. Sebab ada alarm clock lain yang tolong kejutkan. Siapa lagi kalau bukan anak soleh Iman Harraz. Orang bangun sahur dia pon nak bangun jugak. Boleh dikatakan hari-hari dia bangun awal. Kalau aku dah selesai sediakan sahur tak apa. Ini tengah prepare sahur dia pon bangun. Sambil buat kerja sambil menadah telinga dengar si anak soleh ni merengek. Orang sahur makan nasi. Dia sahur minum susu ibu.
So far alhamdulillah... Tak pernah terlajak sahur lagi. Minta dijauhkan lah hendaknya. Selalunya aku masak lebih untuk juadah berbuka. Boleh bawa sampai ke sahur. Kes malas nak masak pegi macam ni lah. Bukan apa, takut terlajak sahur atau terbangun lambat kan. At least lauk semua dah ada. Just panaskan saja. Tapi kalau lauk berbuka habis, nak tak nak kau kena masak untuk sahur juga. Tapi selalunya lauk simple lah. Telur masak kicap, telur goreng atau sambal ikan bilis. Tambah jimat masa sekarang ni aku goreng ikan pakai air fryer jer.
Lauk untuk berbuka pon memang masak hari-hari. Cuma ada sehari tu tak sempat nak masak berat sebab stuck dalam kesesakan. Just top up lauk saja. Nama saja keluar office pukul 4.30 pm. Tapi sampai rumah pukul 6.00 pm. Sakit jer rasa hati. Keluar awal pon jalan sesak jugak. Memang kelam kabut jugak lah nak masak. Alhamdulillah... Hubs banyak tolong. Sebab tu aku standby beli sayur-sayur yang dah siap potong macam ni:
Dekat Bangi ni kedai apa yang tak ada. Semua ada. Ni aku beli dekat kedai HS NADA dekat Seksyen 7, Bangi. Sayur kangkung dan taugeh. Ada macam-macam lagi lah. Lengkap dah dengan bahan-bahannya. Sayur pon dah siap potong. Kau masak jer ikut citarasa. Ini namanya sayur standby disaat kau tersangkut dalam kesesakan lalulintas. Tak sempat masak lauk berat, kita makan dedaun tu dulu lah.
Mencabar jugak tugasan dibulan ramadan ni. Terasa kepenatan juga lah. Mana tak nya... Sebelum subuh dah bangun siapkan juadah sahur. Lepas makan nak mengemas lagi. Petang terkejar-kejar untuk masak juadah berbuka pula. Lepas berbuka nak mengemas lagi. Dapat pula aku yang ada anak kecik ni. Orang berbuka dia pon nak berbuka juga. Berkecah jangan cakap lah. Atas meja bawah meja sepahnya. Tapi tak apa... Besar ganjarannya kan. Sebab tu lepas isya' kau dah pengsan. Serious... Mengantuk lain macam rasanya.
Dah beberapa hari aku pengsan lepas isya' dek kerana kemengantukan dan kepenatan yang melampau. Sampai tergendala kerja rumah kau. Especially kerja membasuh baju. Baju bajan ni kan berhantu. Kalau sehari kau tak basuh, maka bertimbun lah jawabnya. Sama macam baju yang dah basuh tapi tak berlipat. Seram aku tengok ☺
Note: Hari-hari blur tak tahu nak masak apa... ppffttt...