Diskaun Sehingga 80% Sempena Lazada The Big Baby Fair | Ada yang tertunggu-tunggu jualan istimewa dari Lazada untuk The Big Baby Fair ke? Mesti korang tersenyum-senyum bila baca tajuk tu kan. Siapa yang tak suka shopping. Kalau dulu selalu beli barang untuk diri sendiri. Tapi bila dah jadi emak-emak ni kan, barangan keperluan anak lah yang selalu kita cari. Lagi pon kan, barangan keperluan anak ni boleh tahan mahal jugak. Melainkan kalau beli masa tengah sale. Macam Diskaun Sehingga 80% Sempena Lazada The Big Baby Fair ni lah.
Memang setiap tahun Lazada akan buat The Big Baby Fair ni dan ianya sudah pon bermula dari 28 Mac hingga 1 April. Banyak tawaran ekslusif yang diberi dan juga diskaun sehingga 80% yang akan merangkumi pelbagai produk bayi terbaru dan juga dari 19 jenama penjagaan bayi seperti Drypers, Petpet, Mamypoko, Pediasure, Philips Avent, Fisher Price dan banyak lagi lah. Memang menarik sangat. Rugi kalau korang tak grab peluang ni.
4 Sebab Kenapa Shopping Dekat Lazada The Big Baby Fair ni Best
Ni nak menghasut jugak ni. Kenapa korang patut shopping barangan bayi dan anak-anak di Lazada The Big Baby Fair. Sebabnya:
Tak perlu Bersesak-Sesak
Iyer… Hanya duduk depan PC dan pilih barang-barang yang hendak dibeli dan bayar. Tapi kena make sure akaun dalam bank mencukupi lah yer sebelum nak shopping tu.. Hehehe… Tak payah lah nak pergi shopping complex atau nak bersesak-sesak dekat Baby Fair yang ramai umat manusia tu. Kalau ada baby fair memang aku tak pergi pon. Sebab tak sanggup. Duit minyak pon selamat. Kepala pun tak pening nak hadap jalan yang sesak tu kan dan tak perlu nak pusing-pusing mall cari parking.
Penjimatan Berganda
Seperti kita sedia maklum, barang keperluan anak ni lagi mahal dari barang keperluan untuk orang dewasa. Pampers, susu, baju dan keperluan lain lagi lah. Semua nya mahal tau. Lebih-lebih lagi kalau barangan tu berjenama. Boleh buntang biji mata tengok harganya. Jadi… Untuk lebih penjimatan, memang korang kena shopping dekat Lazada The Big Baby Fair sebab diskaun sehingga 80% tu. Memang jimat sangat ni.
Tawaran Ekslusif
Haaaa… Tawaran ekslusif yang aku maksudkan ni, korang akan dapat banyak kelebihan kalau shopping dekat Lazada The Big Baby Fair. Antaranya:
- Penghantaran Percuma. Memang dah jimat kos shipping ni sebab kos shipping pon dah naik.
- Tawaran Combo
- Baucer… Dah murah, tambah murah lagi kalau ada boucer.
Yang paling menarik dalam tawaran ekslusif ni, The Big Baby Fair ada menawarkan Panduan Bersalin untuk bakal-bakal ibu dan juga Milk Formula Guarantee atau Jaminan Formula Susu. Wahhh… Kalau beli susu ada jaminan lah. Bagus sangat ni.
Contest Untuk Followers Media Sosial Lazada
Sambil membeli belah, korang boleh jugak join contest yang di anjurkan untuk pengikut-pengikut media social Lazada. Hadiahnya pon boleh tahan best jugak. Caranya mudah saja:
- Muat naik gambar bayi korang yang bertemakan "Candy Land" dengan cara yang paling kreatif di Instagram (account IG kena set to public yer) dan masukkan #BigBabyCandyLand dan #BigBabyFair dalam kapsyen!
Hadiah utama yang ditawarkan adalah 5 x RM 1000 dan saguhati pula 20 x RM 200 Big Baby Fair Baucer untuk dimenangi. Memang rezeki betul lah siapa yang menang ni.
Dah... Apa tunggu lagi. Pergi shopping cepat. Tinggal berapa hari jer lagi ni untuk dapatkan barangan keperluan anak dengan diskaun sehingga 80% dan juga tawaran ekslusif lain. Bila lagi nak dapat diskaun macam ni. Dah lah penghantaran pon percuma. Rugi kalau tak shopping. Cepat masuk link ni [https://www.lazada.com.my/pages/big-baby-fair/?hybrid=1]