Rumah Impian Yang Tak Kesampaian Untuk Di Miliki | Antara kisah sedih aku. Setiap orang punya impian kan. Antaran impian yang sentiasa menjadi sebutan ialah ingin memiliki sebuah rumah. Siapa yang tak nak rumah kan. Lebih-lebih lagi rumah yang kau dah lama impikan. Dimana rumah tersebut merupakan sebuah rumah teres. Banyak betul perkataan 'impian' kau kan... ngeeee... Sebelum kahwin dulu, tak terfikir pon pasal nak beli rumah. Bila dah kahwin pon sama jugak. Iyerlah... Sebab duduk dengan mak kan. Rumah mak pon tak ada siapa. Lepas dah ada anak sorang, baru lah merancang nak beli rumah. Nak ada rumah sendiri. Nak merasa hidup berdikari.
Mula lah house hunting. Pergi show unit sana sini. Survey harga rumah. Dan ter berkenan dengan sebuah rumah teres yang terletak nun jauh di Bandar Bukit Raja, Klang. Time tu aku kerja dekat Faber Tower, Jalan Klang Lama lagi. Tapi dah kenapa jauh sangat kau nak beli rumah kan. Dah kata nak rumah teres dan time tu rumah teres yang affordable terletak dekat Klang sana. Maka kita pon pilih rumah mana dan proceed lah untuk booking. Kena bayar RM1000 tu untuk booking fees.
Maka bermulalah episod apply loan. Kalau tak silap, ada apply loan dekat beberapa buah bank jugak lah. Tapi jawapan sangat menghampakan. Loan susah nak lulus sebab nama aku sangkut untuk loan kereta yang di beli oleh abang aku menggunakan nama aku. Payment tak cantik every month. Aku malas nak citer balik. Korang boleh baca kat [SINI]. Merana aku sebab benda ni. Boleh nangis bila kenangkan balik.
Aku kena berhutang sebab nak langsaikan hutang yang bukan tanggungjawab aku sendiri. Ibarat orang lain yang berhutang, kau yang kena bayar. Tiap-tiap bulan gaji aku ditolak untuk bayar hutang orang. Orang yang berhutang sikit pon tak hairan. Sikit pon tak reti nak bayar balik. Bukan tak minta. Dah minta pon. Tapi ibarat kau mencurah air ke daun keladi. Aku sedih... Tersangat- sangat sedih. Ok... tutup cerita. Sambung pasal cerita rumah pulak.
Disebabkan perkara itu lah, loan rumah aku susah nak lepas. Jadi... Kau terpaksa let it go even kau dah bayar booking fees sebanyak seribu ringgit. Tapi disebabkan loan reject, booking fees hanya dibayar sebanyak RM500 sahaja dari seribu ringgit yang kau dah bayar tadi. Redho jer lah. Maka impian kau nak memiliki landed house tidak kesampaian hendaknya. Mungkin ada hikmah lain.
Tenogk ni... Siap dah pilih nombor rumah. Rumah yang kami booking tu harga dia memang affordable untuk sebuah rumah teres. Tahun 2007. Cuba kira market sekarang, naik dah harga rumah nih. Harga rumah sekarang pon dah mencanak naik even rumah apartment. Kalau teres apatah lagi. Memang kau tak akan jumpa harga macam ni lagi dah. Square feet pon besar tau.

Memang frustrated sangat. Tapi itu tak melemahkan semangat aku dengan hubs untuk cari rumah lain. Mana tau kali ni loan sangkut ker kan. Dalam tempoh house hunting tu, aku pesan dekat abang aku suruh bayar duit kereta dia yang mana tertunggak tu. Hubs lah yang ke hulu ke hilir sampai ke Bangi dia pergi. Finally... Dapat jugak sebuah rumah walaupon bukan landed house. Dapat sebuah apartment.
Maka debaran apply loan pon bermula. Macam biasa, bank lain reject disebabkan masalah yang sama. Kecuali CIMB. Kebetulan adik ipar bagi contact orang CIMB ni. En. Ayub nama dia. Memang bagus sangat. Dia tolong even ada masalah. Memang lama kot nak tunggu loan lulus. 2 bulan lebih rasanya. Sampai rasa dah give up. Kami dah decide kalau reject jugak nak try buat dengan MBSB. Tapi interest tinggi. Alhamdulillah... Penantian berakhir dengan kegembiraan.
Inilah Home Sweet Home kami. Apartment kos sederhana yang berkeluasan 1,018 sq.ft dengan 3 bilik 2 bilik air dengan parking kereta bawah rumah. Selamat kereta dari panahan matahari... hehehe... Harga masa beli RM91,000.00 dan sekarang market makin naik. Mana tahu kalau ada rezeki lain dapat rumah landed house pulak kan.
Tipu lah kalau aku cakap aku tak terkilan sebab tak dapat rumah landed house ni. Tapi tu lah... Kita hanya merancang, tapi DIA perancang terbaik. Kalau aku duduk Klang, macam mana aku ni pergi kerja sebab jarak perjalanan yang jauh sedangkan office aku kat KL. Kebetulan lepas jadi orang Bangi, aku kena tranfer dekat Cyberjaya. Jarak perjalanan tak ada lah jauh sangat. Kan hikmah tu.
Kena ingat... Allah tak beri apa yang kita mahu. Tapi allah beri apa yang kita perlu.

Note: Bilalah boleh tambah aset lagi nih... hurmmm...