Sumber [SINI]
Serious aku cakap. Kalau korang tak tengok lagi, tolong lah jangan tengok citer ni. Kalau korang tengok jugak memang cari nahas namanya. Sebab apa? Sebab korang akan jadi terjebak macam aku jugak... hahahaha... Macam magnet dibuatnya sebab kau akan ternanti-nanti apa akan jadi dan kau akan rasa tak sabar nak tunggu esok. Memang jebak betul tau.
Aku bukan lah penggemar drama-drama melayu ni sangat. Bukan lah kata tak tengok langsung. Tipulah lah kan kalau kata tak tengok langsung. Tengok pada citer nya jugak lah. Yang bestnya drama Patahnya Sebelah Sayap ni, tak der adegan peluk-peluk, gedik-gedik dan aksi-aksi manja walaupon pelakon tu bertudung. Masih tergaja batas-batas nya. Tak macam sesetengah drama. Even pelakon bertudung, tapi berkepit kemahen.
Ok... Sambung citer. Pelakom pon best-best. Dan aku dah tersuka dengan lakonan Ummi Nazeera. Antara pelakon-pelakon lain Izzue Islam yang jahat, Aeril Zafrel yang romantik, Wawa Zainal yang cantik, Normah Damansuri yang bermulut puaka... hahaha dan ramai lagi lah. Katanya citer ni sebijik macam drama korea Secret. Ntah lah.
Aku paling menyampah betul dengan mak si amzar ni. Dengan jiran dia yang batu api. Mulut memang lancang, Geram jer kalau kau nengok. Rasa macam nak cili-cili jer mulut dia. Si amzar pon sama. Jahat sangat. Haishhh... Tak sabar aku nak tunggu hari isnin. Kalau korang nak terjebak sama, Isnin sampi Rabu start pukul 10.00 - 11.00 malam. Nah.. Baca sinopsis ni dulu.
SINOPSIS PATAHNYA SEBELAH SAYAP
Mengisahkan Alisha (Ummi Nazeera), seorang gadis kampung yang telah diberikan ujian percintaan yang berat daripada kekasihnya, Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan mereka amat baik dan harmoni kerana Alisha banyak membantu keluarga Amzar ketika Amzar sedang mencari peluang pekerjaan sebagai seorang peguam. Namun, segalanya berubah apabila Amzar lulus temuduga dan diterima untuk bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.
Alisha dan Amzar amat teruja apabila impian Amzar untuk menjadi peguam tercapai. Alisha membelikan Amzar pelbagai jenis kemeja agar Amzar selesa bekerja. Atas keterujaan itu, Amzar berjaya membicarakan kesnya yang pertama. Mereka berdua meraikan kejayaan Amzar di kedai makan kegemaran mereka. Amzar juga melamar Alisha dan Alisha menerima lamaran Amzar tanpa syarat dek terlalu gembira.
Selesai mereka menjamu selera, hujan pula turun dengan selebat-lebatnya. Mereka terus gegas ke kereta Alisha dan beransur pulang. Namun, kerana terlalu asyik bergurau, Amzar terlanggar sesuatu ketika mengelak kereta dari arah bertentangan. Dalam keadaan hujan yang lebat Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang telah dilanggar mereka. Setelah Amzar turun melihat apa yang dilanggarnya, Amzar kembali masuk memandu dan memberi alasan pada Alisha bahawa mereka hanya terlanggar tong besar dan enggan memberitahu hal sebenar.
Suatu hari, terpampang di dada akhbar mengenai sebuah kes langgar lari dan Alisha yakin bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan kejadian malam bersama Amzar. Trauma Alisha makin bertambah apabila sekumpulan anggota polis datang ke rumahnya dan menahannya. Menurut mereka, Alisha adalah suspek utama kes langgar lari yang disiarkan di media massa. Alisha akhirnya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di atas “kesalahannya” itu apabila Amzar yang pada mulanya berjanji akan membela Alisha menyepikan diri dan membiarkan Alisha menanggung akibatnya sendirian. Selepas dua tahun, Alisha dibebaskan dan menjadi tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel), suami kepada mangsa langgar lari Amzar.
Bagaimanakah hubungan Alisha, Kuzairi dan Amzar? Adakah masa depan buat gadis yang bergelar bekas banduan itu?
Note: Ini lah orang kata... Demi cinta sanggup lakukan apa saja kan.