Memasing dah tak sabar nak raya kan. Badan kat office tapi jasad dah ingat kat kampung. Hari ni mungkin ramai yang last day bekerja. Termasuk lah diri ini. Al maklumlah... Nursery dah start tutup hari isnin. ingatkan boleh lah nak jimat cuti. Hurmmmm... Terpaksa cuti awal. Sapa nak jaga anak². Nak bawak anak² gi office, memang tak lah kan.
Pejam celik pejam celik *ayat cliche, Ramadhan nak nak sampai ke penghujungnya. Rasa macam baru jer start puasa. Di kesempatan ini saya *terus tukar kata nama kau..ngeee* ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin buat kawan² IG, FB, BLOG, Followers, Anon dan Silent Reader yang sudi berkunjung ke blog yang tak seberapa nih. Ampun dan maaf di pinta jika ada salah dan silap, terkurang ajar atau terkasar bahasa sepanjang saya berblog ni. Ter upload gambar yang menjengkelkan di IG dan juga status yang menjemukan atau menyakitkan hati secara tak sengaja di FB. Hati manusia ni bermacam² jenis kan.
Berhati² dijalanraya buat mereka yang nak pulang ke kampung. Jaga²... ada yang memerhati. Sila rancang perjalanan anda supaya tak tersangkut dalam kesesakan jalan raya. Ingat... Jangan memandu di lorong kecemasan. Jangan main HP. Kang tak pasal² duit melayang kena bayar saman. Semoga perjalanan anda dipermudahkan olehNYA. Akhir kata....semoga Lebaran ini di sambut dengan penuh Kegembiraan :-)
Note: Sederhana jer raya ni. Lebih kepada anak².