Alhamdulillah syukur. Masih diberi nyawa untuk bernafas. Syukur juga sebab diuji dengan kesakitan yang biasa² jer kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang diuji dengan lebih hebat lagi. Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Janganlah anggap sakit yang datang tu sebagai bebanan. Anggaplah ianya sebagai tanda ingatan ALLAH pada kita untuk sentiasa mengingati Nikmat yang telah diberikan. Pandanglah kesskitan dan musibah yang datang sebagai Nikmat dari ALLAH untuk membersihkan dosa² kita. Erkkkk…panjang mukadimahnya. Dah macam ustajah plak ☺☺
Kisah minggu lepas. Bila orang yang jarang sakit tetiba
jatuh sakit. Sekali datang siap dengan package…Batuk² sampai tak lena tidur.
Sakit tekak perit tak hingat. Nak menelan ailio pon tak selesa. Dan juga
selsema tahap hidung tersumbat sampai sakit kepala dibuatnya. Selsema yang dah
macam paip bocor. Bersin² tak terkira berapa kali sehari.
Aku plak jenis tak suka gi klinik. Kalau boleh biar lah baik
sendiri. Tapi hari rabu tu dah tak tahan sangat bila mata dah start panas dan
pedih². Finally…menyerah diri juga kat klinik. Dapatlah MC sehari. MC pertama
untuk tahun 2015.
Jumaat plak turn qahirah tak sihat. Panas badan pagi tu
sampai 38’c. Badan dia dah gigil². Ibu mana yang tak risau bila anak tak sihat
kan. Dah tak der hati rasa nak gi kerja. Amik EL. Bagi makan ubat tak nak. Bagi
lah madu. Melepek dari pagi sampai petang. Monitor suhu badan & bagi makan
madu. Alhamdulillah….malam tu dah aktif balik. Lega ibu nak. Penangan jerebu barangkali.
Take care semua. Jerebu oh! jerebu. Cepatlah berlalu. Rindu nak menatap awan yang biru. Rindu nak melihat pelangi ciptaanMU. Rindu nak menghidu udara segar pemberianMU.
Note: Kejap jer dah oktober. Minggu depan dah masuk tahun baru hijrah.