Welcome to my kitchen. Please be nice to me hokay...hehehehe...New gadget gittew. Setelah sekian lama terperap dalam kotak. Akhirnya dah selamat di 'pecah dara' kan...wakakaka...Dapat bulan February. Rasmikannya bulan Julai. Berapa lama terperap dalam kotak tu.
Berkira² jugak nak membelinya. Sebab harga Noxxa Pressure Cooker ni boleh membuntangkan mata gak lah. Beli pon sebab open for kutu Noxxa. Mak kutu dia Jueliza. Asyik tengok dia update pasal masak dalam Noxxa yang super duper cepat tu. Jealous jugak lah rasa sebab rajin sangat memasak...hahaha...Tak boleh jadi nih. Kena rembat gak sebijik. Syukur gak sebab aku beli sebelum GST. Skang ni pitam gak lah nengok harganya. Tapi kalau main kutu tak terasa sangat kot. Boleh rojer Jue kalau nak beli yerp.
Untuk petama kali pakai NPC, aku buat rendang ayam. Tetiba teringin nak merendang masa hari kejadian tu. Siap call and wassup jue lagi tanya cara² nya. Thanks jue.
Disebabkan keterujaan melampau bila rendang menjadi. Aku lupa nak amik gambar. Ni gambar masa 1st time buat rendang dulu. Dasyat wei. Umur dah 30++ baru tau buat remdang sendiri. Sebelum ni tau makan rendang mak masak jer khenn. Senang rupanya buat rendang erk. Yang best masak dalam NPC ni kan, cepat, mudah dan pantas. Ko tak payah nak kacau² selalu sebab tak melekat rendang dalam tu. Tak sampai sejam kot rendang dah masak. Haishhhh...terliur plak nengok rendang ni.
Menu seterusnya. Buat bihun goreng. Tak hagak². Dalam periuk gak nak diamik gambar. Cer salin dulu dalam pinggan dulu ker kan. Keterujaan katakan. Ko akan teruja bila masakan ko menjadi dalam NPC ni tau....ngeeeee...Tak payah rendam² bihun tu. Basuh² dah terus masuk dalam NPC. Steam dalam 2 minit. Pastikan air mencukupi. Memang cantik kejadiannya. Sekejapan jer siap.
Mengkambing bakar plak kita. Semuanya homemade. Tak yah makan kat kedai dah lepas ni. Boleh buat sendiri. Jimat kos dan puas hati. Memang lembut jer daging kambing bila masak dalam NPC. Bercerai tulang ngan daging nya. Dasyat tak dasyat lah gambaran yang aku bagi ni.
Kalau tak percaya, boleh beli NPC dan rasainya sendiri. Perghhhh...ayat. Memang nak soh korang beli pon. Sebab tak rugi kalau beli. Banyak kegunaannya. Orang kata investment yang berbaloi². Kalau ada anak² kecik, boleh masak bubur dalam ni. Memang kejap jer siap. Yang ni aku tak try buat lagi. Tunggu kerajinan tu datang. Kek dan kuih muih pon aku tak try buat lagi dalam NPC ni. Tak tau bila nak try nya.
Sekian entry review Noxxa Pressure Cooker dari #ibu3anak. Insya'allah...nanti aku sharing resipi dan cara nak masak dalam NPC ni yerp.
Note: Beratur panjang kat ATM machine smalam. Online banking pon busy gak. Hari gaji lepas sebulan tak dapat gaji katakan ☺