Hari ini, 7 July 2013 bersamaan 28 Syaaban 1434. Bertambah lagi usia ku. Selamat tambah umur buat diri sendiri. Yang ke berapa? Ok lah...tak nak rahsia² lagi lah.
7 JULY 1979 - 7 JULY 2013
Silalah kira sendiri...hehehe...Amacam...gambar dalam tu nampak macam usia sebenar tak? ☺☺☺. Kalau ada yang aku bahasakan kakak even usia lebih kurang jer, maaf lah yer. Tapi kalau adik² yang membahasakan kakak kat aku, mak suka noks. Nampak muda remaja gitu....ahaks..Tapi kalau setakat beza umur 2-3 tahun tu nak panggil daku kakak, tak payahlah. Aku kan ferasan muda.
Ok lah. Ucapan buat diri sendiri. Alhamdulillah...masih diberikan peluang dariNYA untuk bernafas lagi dimuka bumi ini. Semoga dipanjang kan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik. Semoga diberkati hidup didunia dan diakhirat. in sha allah. Dan yang paling penting...semoga aku terus diberi kekuatan dan semangat yang tinggi dalam menempuh dugaan dan cabaran dariMU ya! allah. Syukur kerana diberi peluang merasa nikmat bahagia walaupon dugaan datang bertimpa²...Syukur kerana dikelilingi orang² tersayang sebagai penguat semangat dalam menghadapi ujianMU. Terutama sekali dengan kehadiran anak² sebagai kekuatan yang tiada tandingannya.
Note: Alhamdulillah...dalam usia skarang ni, aku sudah punya 3 anak. Doaku sentiasa mengiringi sahabat² yang masih belum merasa nikmat itu. In shaa allah...masa itu akan tiba juga nanti. Yang pentiing jangan putus untuk berdoa dan jangan putus asa.