Bukan duit kutu yer, tapi kutu rambut
Ini lah masalah bila anak² dok kat nursery. Masalah jangkitan KUTU....eeuuwwwwww...Aritu belek² kepala anak dara yang bijak tu. Kekadang ayik tergaru² kepala. Sekali selak punya selak, ternampak lah telur kutu. Meletup ko. Telur tu belum sampai tempoh matang lagi nak menetas...ahakssss...haishhhh...tak bley jadi nih. Selak lagi...erk...jumpa lagi dan sumanya meletup.
Alahaiiii...naik balik kutu kat kepala qahirah. Lama dah tak berkutu. Skang ni bukan anak jer tergaru², dengan mak pak nya skali dok tergaru². Tapi kan noks, aku jumpa telur kutu jer, tapi kutunya tak jumpa². Pandai betul ko menyorok yer kutu. Ker aku yang tak pandai cari kutu...hahaha...Siyes, memang aku tak jumpa kutunya. Atau kutu tu dah tebang kat rambut aku ni ha. Darah sedap katakan...haishhhh...Nak kena cari sikat kutu nih.
Ok...ni ada petua cara nak hapuskan kutu rambut.
Kepala gatal kerana KUTU?
Jangan risau, kepala berkutu adalah masalah biasa sejak zaman dahulu kala lagi. Cubalah petua ini, mudah dan InsyaAllah mujarab.
Ambil empat ulas bawang putih dan tumbuk hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama tiga sudu makan minyak kelapa. Lumurkan rata pada keseluruhan rambut dan biarkan selama lebihkurang 15 minit. Selepas itu sikat dengan penyikat kutu.
Amalkan selalu sehingga tiada lagi kutu ada di kepala.
Sumber: SINI
Simple jer petua nih, tapi siaplah bau bawang putih rambut ko nanti. Weekend ni nak try buat. Semoga menjadi lah petua nih. Tak pon cari jer ubat kutu kat farmasi kan. Haishhhhh...susah betul nak elak jangkitan kutu ni kan. On and off. Harap² tak jangkit kat Qhalif lah. Aku yang beso ni pon tak tahan dengan tahap kegatalannya, ini kan bebudak. Semacam betul merenyam gatalnya.
Note: Panas betul cuaca kat luar. Tak terasa langsung aircond. Boleh jadi KETIBAS dan KETIBUS dibuatnya ☺☺
.