Tak dapat makan Bawal Power, Bawal Goreng Panas pon jadi lah. Bawal gak kan...hehehehe...Aritu terbaca kat entry wahida pasal Bawal Power nih, aduhhhh...terliur nengok. Nak pergi jauh sangat. Sekali masa makan kat Sports arena, ada set baru lah...Bawal Goreng Panas. Tapi tak ada rejeki aritu. Nan hado lah plak. Bila pergi hari ni...alhamdulillah...ada. Apalagi, set Bawal Goreng Panas satu lah kan.
Apa yang boleh aku cakap, memang mantoppppp der...ikan bawal di goreng panas², di datangkan dengan ulam-ulaman, tempe dan tahu goreng, sambal belacan, kuah kari ngan cili kicap. Dan yang pasti, satu set Bawal Goreng Panas nih hanya RM6.00 sepinggan yer uols...murah kan. Boleh makan lagi lepas nih.
Kalau uols gi area cyberjaya nih, bley lah try. Charge parking akan di kenakan selepas 1 jam.
Tak tau sejauh mana kesahihan cerita nih. Aku dapat dari email. Kisah seorang budak yang terlalu rindukan mak dia yang mati dalam peperangan. so dia lukiskan gambar mak dia sedang lentangkan tangan untuk dia tidur sebagai bantal. Dia rindukan pelukan mak dia...dia cuma budak berusia 4 tahun...
Nangis tak? Mesti nangis macam aku gak kan. Gambar yang amat menyentuh hati. Sekiranya kita ternampak anak-anak yatim berikanlah mereka bukan hanya barangan material seperti makanan, tapi beri mereka pelukkan dan ciuman yang jarang mereka dapat tetapi amat diperlukan dan dirindui....
Ya' Allah..
Adakah anak aku akan begini apabila aku pergi meninggalkan dia nanti…?
Adakah ada yang sudi menyambung dan memberi kasih sayangku pada dia apabila aku tiada nanti…?
Adakah ada yang akan memeluk anakku untuk dia rasakan yang dia sentiasa dalam keadaan yang selamat?...
Adakah ada yang akan mengucup dahi anakku semasa dia tidur?...
Adakah ada yang akan menyuapkan anak ku makan dan minum?...
Adakah ada yang akan mandikan dan siapkan anakku setiap hari?...
Sesungguhnya aku takut untuk terus memikirkan yang lain-lain…tetapi aku redha akan ketentuanMu Illahi….
Ya’Allah..
padaMu aku memohon, berikanlah aku kesihatan yang baik…padaMu jua aku meminta berikanku perlindunganMu…
Panjangkan umurku Ya’Allah…bagilah aku kesempatan membesarkan dan memelihara amanahMu sehingga dia dewasa…
berikanlah aku kekuatanMU Ya’Allah…hanya padaMu aku berserah Ya’Allah….
Kau Maha Pengasih..Maha Penyayang…Maha Pengampun….Maha SegalaNya….Amin….”
Dengan rasminya aku gagahkan tangan menekan butang cash-out. Hajat di hati nak kumpul lagi, tapi dah tak bley tunggu lagi dah. Boleh gak buat belanja untuk YES...Year End Sale...hehehehe...
Tak sia² aku blogging selama 2 tahun. Dapat gak hasilnya. 2 tahun gak aku kumpul duit tabung nih. Sikit² lama² jadi bukit.
BE yang masih menari²
Alhamdulillah...ada 5 lagi Buffered Earnings tengah running dan 1 BE tu amount tertinggi pernah aku dapat. Harap² naik lagi lah ☺☺☺. Amount yang aku cash-out ni pon dalam seratus lebih...rezeki...rezeki...
Pada yang baru berjinak² dengan nuffnang, jangan putus ada. Usaha tangga kejayaan. Jangan keciwa bila earnings nuffnang sikit. Lama² nanti naik lah tu. Aku ni pon makan tahun gak nak dapat hasilnya. Iyer lah...blogger biasa jer.
Terima Kasih NUFFNANG. Tak sabar nak tunggu cheque (^_^)