Perasaan agak sedikit sedih di situ. Masa awal² start kerja lepas habis confinement leave, hasil perahan sangat meriah. Sekali pam bley dapat 9oz-10oz. Memang seronok sangat. Tapi lately, hasil sedikit merudum lah. Especially bila time² 'kawan baik' nak datang.
Bila hasil 'meriah'
Bila hasil 'merudum'
Aku tak der amik apa² supplement pon. Just banyakkan minum air masak sebelum dan selepas pumping session, makan makanan yang boleh membanyakkan susu ibu dan keep on thinking to be positive yang susu aku banyak, cukup untuk qaira. Tak lupa juga berdoa padaNYA supaya di berikan rezeki susu yang banyak dan di permudahkan urusan ku untuk Breastfeeding qaira until 2 yo.
Pumping session selalunya aku buat 2/3 kali sehari yang mengambil masa 15-20 minit...morning, afternoon and evening. Dapatlah sehari dalam 12oz-14oz. Apa² pon aku tetap bersyukur. Banyak atau sedikit kuantiti susu pada hari ini, itu adalah rezeki...alhamdulillah...