Susu terakhir untuk si Kecil...Kasih Ibu Sehingga ke Hujung Nyawa
Breastfeeding Friday, January 28, 2011Salam Jumaat semua.
Sempena hari jumaat yang mulia nih, aku nak kongsikan satu kisah sedih yang sangat menyentuh naluri keibuan ku ini...sehingga menitiskan air mata. Aku percaya, kalau uols semua baca pon mesti akan tersentuh dengan cerita nih. Sumber ni pon aku dapat dari seorang sahabat forum dan blog iaitu HERNI. Tak salahkan kita kongsikannya sekiranya ia mampu menyedarkan kita erti kasih sayang, pengorbanan dan tanggungjawab yang sebenar. Mari kita sama² hayati kisah ini.
Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.
Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.
Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.
Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.
Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjabaw sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat² akhir. Subhanallah...
Semalam ada satu message masuk kat FB, ntah mat saleh mana sesat barat bagi message kat aku. Terkejut gak tetiba ada mat saleh dari London nak berkenalan. Tak tau lah kot dia tersalah bagi ker. Tak der plak aku add dia as friend...hhmmmmm...
Sila klik utk lebih jelas
So...kalau ada yang nak berkenalan ngan steve nih, especially anak² dara yang kepingin jejaka mat saleh, silalah add dia kat FB yer. Kerja as Manager kat Syarikat Automobil, London...muahahahaha...
Psstttt...patut tak aku reply message dari Richard Steve nih? *wink*
Psstttt...patut tak aku reply message dari Richard Steve nih? *wink*
Selepas dapat tittle ibu kepada 2 orang anak ^_^. Kalau sebelum nih pepagi hantar Iman gi nursery, pastu gi keja sesama ngan hubby. Skang ni semuanya dah berubah.
Memandangkan aku drive, tetiap pagi nak kena hantar si anak bujang yg putih dengan si anak dara hitam manis nih gi nursery. Kekadang iman naik motokar ngan abah dia. Balik pon macam tu gak.
Sejak dah ada 2 anak nih, rumah pon jadi tunggang langgang. Weekend baru kemas. Baju makin bertambah, yerlah...dah 2 anak, hari ni lipat esok dah bertimbun balik. Basuh baju pagi tetiba kang petang byk plak baju kotor. Biasalah klo bebudak, asyik nak tuko baju jer kerjanya.
Masak plak on and off, tapi selalunya masak lah. Yang simple dan cepat. Kekadang hubby yang tolong masak ^_^...mekasih...tau isteri penat.
Memang penat lah. AKu rasa tenaga makin bertambah sejak berempat nih. Dengan drive lagi, menghadap traffic jammed...huhuhu...aku perlukan supplement tambahan lah.