Hari sabtu aritu gi check-up. Skang dah kena 2 minggu skali. Macam biasa...orang ramai. Kalau sebelom ni dapat no. 23, tapi kali ni up lagi...dapat no. 26 plak. Hajat di hati memang nak gi awal. Hhhhmmmmm....terlajak. Lepas sahur trus tido, sedar² dah 7.30 am.
Lepas daftar suma, giliran dalam pukul 11.00 am - 12.00 pm. Apa lagi, balik umahlah. Dalam pkul 11.30 am gi klinik balik. Ngam² time sampai, no giliran dah masuk 24. Pandai hubby budget masa (^_^).
Sampai giliran, check BP...alhamdulillah normal. Pastu timbang berat. Dari 61.8 kg drop ker 61.3 kg. Scan plak nak tengok berat baby. Alhamdulillah...berat baby naik dari 1.37 kg ker 1.9 kg. Dr cakap maybe sebab puasa, tu yang turun, nasib berat baby tak turun skali. Tapi make sure bila buka makan makanan yang berkhasiat. Risau gak bila tengok berat aku turun.
Dr. tambah lagi, berat aku mungkin akan naik mendadak bila raya nanti, jangan risau...ahaks...yerlah, dah raya kan, mesti makan tak hingat nyer. Alhamdulillah syukur...puasaku masih penuh lagi (^_^).
Aku pon dah jadi keliru pasal isu nih. Last week kecoh pasal daging Mc Donald tak halal. Tapi hari ni bukak website JAKIM, ini yang tertulis:
"Dimaklumkan bahawa JAKIM tidak menggantung / menarik Sijil Pengesahan Halal yang telah diberikan kepada McDONALD / Mac Food Services (M) Sdn Bhd."
Maknanya Halal lah erk.
Itu lah menu buka posa untuk 8 Ramadhan (^_^). Tekak ni tetiba teringin benor nak makan gulai udang masak lemak bersama kacang panjang. Pastu di satukan plak dengan ikan masin sepat dengan nasi panas²...perghhhhh...memang sedap tak hingat...ahaks...
Petang smalam sampai umah agak lewat, dalam pukul 6.00 pm. Hujan plak tu. Balik umah amik keta, pastu amik iman kat nursery, trus pecut ke kedai. Agak kelam kabut gaklah. Hubby tanya sempat ker masak nih? Atau nak beli lauk jer? Tapi sbb dah teringin sangat sampai dah terbayang², masak gak lah. Sempat pon sebab hubby tolong skali (^_^)
Tugas hubby masak sayur & goreng ikan masin. Aku plak masak gulai. Beres dah keja memasak. Alhamdulillah dapat somi yang ringan tulang...mekasih abang.
Hhhmmmmm...petang ni tak tau nak masak apa plak.