Selamat Tambah Umur Iman Qhalif!! | 12 April 2012 - 12 April 2018 = 6 Tahun. Alhamdulillah... Genap 6 tahun dah usia anak nombor tiga ni. Unexpected baby. Umur jer bertambah. Tapi badan maintain kecik tak besar-besar pon. Makan pon boleh lah tahan banyak juga. Tapi tu lah... tak besar-besar jugak. Mungkin nak kena sunat dulu baru badan tu naik kot. Tak pon nak kena bagi ubat cacing gamaknya ni.
Perkembangan setakat umur 6 tahun ni macam biasalah. Sama jer macam budak-budak sebaya yang lain. Dari segi tingkah laku, Qhalif ni boleh bergaul dengan semua orang. Dengan budak lebih umur dari dia pon dia kawan. Kiranya independent jugak lah. Tak ada nak duduk bawah ketiak mak abah sentiasa. Relax jer duduk rumah opah & atuk 3-4 hari. Selamba jer ikut kakak aku jalan-jalan balik kampung. Aku pulak yang risau terlebih. Rasau takut malam-malam cari ibu abah ke kan. Tapi tak pun.
Boleh baca: UNEXPECTED PREGNANCY...KANDUNGAN NAK MASUK 5 BULAN BARU SEDAR DIRI HAMIL LAGI, KISAHNYA...
Kalau cuti sekolah aku tak hantar daycare pon. Start dari cuti sekolah last year. Sebab dia tak nak. Secara tak langsung dapat bejimat jugak. Jadinya duduk lah dia dengan abang kimi dengan kakak qahirah kat rumah tu. Macam tak percaya jugak dalam usia macam tu dia dah boleh diharap untuk duduk rumah. Cuma harap abang dengan kakak jer lah.
Antara pe'el yang aku tak tahan dengan anak soleh ni... Suka menyakat. Geram jer rasa tau. Paling dia suka sakat ialah si adik. Allahu... Terjerit-jerit dan menangis budak Harraz tu dikerjakannya. Dengan kakak qahirah pon macam tu jugak. Suka bergaduh dan menyakat. Macam tak boleh dekat diorang ni. Ada jer yang tak kena. Mungkin sebab jarak kelahiran tu tak jauh beza. Gap 2 tahun je. Tu yang panas memasing. Memang menguji kesabaran betul lah kalau dah bergaduh.
Macam mana pon perangai awak, Ibu tetap sayang. Selamat Hari Lahir yang ke 6 Semoga membesar sebagai khalifah yang beriman dan berakhlak, bijak pandai, sihat tubuh badan dan semoga sentiasa dalam lindungan Allah 💋🎂🎈🎉