Selama ni main pakai jer. Aku pon baru tau. Rasanya ada lagi yang tak tau kan? Meh nak share.
SEMASA JEREBU/SELSEMA
- Bahagian berwarna putih patut menghadap muka kita dan bahagian berwarna lain menghadap luar. Ini kerana ia mengandungi tapisan untuk menapis mikroorganisma daripada tersebar kepada orang lain
- Pegang penutup mulut dengan kemas dan tekan perlahan di bahagian hidung untuk memastikan ia berada dalam kedudukan selesa
- Jika anda sihat atau tiada selsema, bahagian berwarna putih harud menghadap ke luar untuk melindungi kita daripada mokroorganisma daripada tersebar kepada kita.
Source: [SINI]
Sekian pesanan khidmat masyarakat dari saya.
Note: Sekolah Iman Hakimi tutup sampai esok. Tapi daycare masih beroperasi...alhamdulillah...Kalau tak ibu terpaksa amik EL
Masuk hari ni dah 3 hari tak nampak awan. Gara² jerebu yang menutup terus keindahan awan. Rasa rindu plak nak tengok awan yang membiru dan terbentang luas tu. Hidung pon dah mula berair, mata dah mula rasa pedih, kulit dah mula gatal². Owh...sangat risau dengan kesihatan anak². Biarlah sakit tu pergi kat ibu, tapi jangan kat anak² sebab Iman Hakimi ada sejarah 'BRONCHITIS'. Tu yang risau sket. Nak buat pembenihan awan tak boleh sebab tak der awan yang sesuai. Sama² kita panjatkan doa padaNYA agar diturunkan hujan dan semoga kesihatan kita sentiasa dibawah lindunganNYA.
Source; [SINI]
Jerebu dah mula serbu Bangi hari sabtu aritu. Tapi masih terkawal lagi. Masuk hari ahad, cuaca dah berkabus pagi tu. Bukan sebab sejuk, tapi sebab jerebu. Beserta bau asap skali. Apalagi...terus tutup tingkap dan sliding door. Pon masih boleh bau asap dalam rumah.
Jerebu kat cyberjaya. Dah lah jerebu, office plak dekat dengan construction site, bertambah debu² nya. Pagi ni hantar Iman Hakimi sekolah. Boleh plak lupa yang sekolah tutup. Tapi nasib daycare bukak...haishhhhh...Ni sedikit info Tindakan Semasa Jerebu:
Source: [SINI]
Minum air masak banyak² yer. Jaga kesihatan dan kurangkan aktiviti luar.
Note: Budak² sekolah cuti, budak² office tak boleh cuti ker...hehehe...
Ada dengar pasal produk ni. Kebetulan aritu terbaca kat blog ASHRA pasal Coklat IQ Coco Damia ni. Terus rasa tertarik nak mencuba sebab banyak khasiat yang terkandung dalam Coklat IQ ni. Antaranya:
Dan yang paling menarik, salah satu kandungan utama Coklat IQ ini adalah LUBANAH. Apa itu Lubanah dan apakah khasiatnya:
Apa itu Lubanah?
Di sesetengah tempat di dunia, luban atau frankincense dikenali sebagai ‘olibanum’ berasal dari perkataan Arab bermaksud “susu” al-lubán. Ini juga merujuk kepada warna getahnya yang putih seakan-akan susu yang mengeras untuk dijadikan resin luban.
Luban berasal daripada istilah bahasa Arab yang digunakan di dalam kitab perubatan Islam. Nama masyhurnya dipanggil Kemenyan Arab/Serani/Kemenyan Yamani di kalangan pengamal perubatan herbal Melayu. Luban merupakan salah satu makanan sunnah Nabi yang menjadi warisan para ulama’ sejak turun temurun lagi. Dewasa ini, luban tidak lagi dikenali di kalangan masyarakat Islam. Setelah umat islam meninggalkan pemakanan Islam mutakhir ini
Sejarah Lubanah : Imam Syafie
Sejarah menyatakan bahawa Imam Syafie yang amat terkenal dengan kekuatan daya ingatannya selalu mengamalkan memakan Libanah sehingga akhir hayat beliau. Setelah meninggal dunia didapati kesan Libanah masih berada di celah-celah gigi al Imam Rahimatullah.
Khasiat Lubanah
Libanah atau luban amat berkesan bagi menambahkan daya ingatan dan mencerdaskan minda kerana ia berfungsi menghilangkan lender balagham dalam otak. Gumpalan balagham yang banyak menyebabkan lemah daya ingatan, selsema, resdung, lelah, batuk dan sebagainya yang berkaitan dengan system pernafasan.
Terus aku whatsapp Ashra. Tak sangka plak service ash ni tip top ☺☺. Hari ni order esok dah dapat. Tak sangka plak barang tu coklat. Sebab aku ingatkan buku. Bila bawa balik umah, si kimi sibuk nak bukak. Sekali dia kata 'ibu...coklat lah'. Alahaiiiiii...tak dapat lah nak sorok lagi. Bukan dapat coklat jer, ash siap bagi hati unta lagi tu. Sedekah katanya pasa siapa yang beli Coklat IQ tu. Terima Kasih ashra, smoga makin bertambah rezeki kamu sekeluarga.
Apa yang aku boleh kata pasal coklat ni. Perghhhhhhh...memang sedap sangat uols. Kalah coklat Cadbury. Malam tu makan tak cukup satu bar. Bukan Anak² jer rasa tak cukup, si ibu ni pon rasa tak puas makan. Dasar penggemar coklat tegar kan. Mana cukup satu. Anak² minta lagi. Si Qhalif yang kecik tu pon sama juga. Tak dapat coklat habis pembalut coklat tu ditibainya. Ntah bila dia amik pon aku tak perasan. Dah sedap sangat makan colat kan...hahahaha...
Kalau ikut aturan tu, sehari satu bar. Tapi mak kena budget uols takut cepat habis. Kalau dapa kat bebudak tu memang tak cukup lah. Mau tak sampai seminggu dah habis Nak kena repeat order lagi nampak nya ni ashra ☺☺
Khasiat hati unta ni plak, untuk pengidap asthma, eloklah makan. Selain daripada tu, kalau nak anak² jadi baik, bolehlah bagi makan mentah² hati unta tu. Mana tau anak² boleh berubah sikap. Cuba tengok unta tu...baik, tak mengamuk, tak membantah, tahu buat kerja dan bersopan santun...ekekekeke...Cuba baca kat [SINI] dan [SINI] untuk mengetahui betapa istimewa haiwan ciptaanNYA yang bernama Unta ini ☺☺
Untuk lebih detail, boleh baca kat blog CocoDamia: Coklat IQ. Pada sesiapa yang berminat nak mencuba, boleh contact Ashra. Klik jer nama tu. Sharing is caring and loving.
Note: Belum cuba lagi hati unta tu. Rasa macam nak bagi anak² makan mentah². Agak² dorang makan tak...hehehehe...ibu nak pedajal anak ☺☺☺
Nak berkongsi Parenting Tips dari Official Page Wardina Safiyyah Di FB. Tips yang sangat menarik untuk di kongsi bersama. Maaf sangat sebab aku tak boleh nak letak link sebab FB dah kena blocked. Bley search jer kat FB nanti yer. Memandangkan tips tu tak berapa nak jelas, dengan rajinnya aku menaip untuk pembacaan sayangs² semua...ahakssss...
Parenting Tip: Belikan buaian kecil dan letakkan di rumah samada di dalam atau luar. Selalu benarkan/biarkan anak² menaiki buaian. Anak² saya selepas pulang sahaja dari sekolah, beg sekolah akan dicampak tepi dan akan terus menuju ke buai di halaman rumah kami. Kenapa? Kerana buai/ayunan menghilangkan stress dan memberikan ketenangan. Selama 9 bulan dalam rahim ibu kita, kita sebenarnya dibuai. Bayi suka dibuai. Antara lain kebaikan buaian:
Cognitive benefits
Outdoor swings often aid in movement and perceptual skills as well as spatial awareness, mental representation and sensory integration - the process by which the brain organizes and interprets information. Playing on the swings can also help improve balance.
Jom beli buai. Tapi rumah apartment macam aku ni kat celah mana plak nak letak. Tempat adalah sangat terhad. Bestnya kalau dapat landed house kan. Boleh buat buai macam kat rumah Wardina Safiyyah ni ha >_<. Kena rajin bawa anak² ke taman lepas nih. Boleh hilangkan stress anak² kan.
Note: Bukan budak² jer suka buai. Mak budak ni pon suka berbuai juga.
Alhamdulillah...akhirnya buku yang di nanti tiba juga. Terima kasih buat Kak Nora di atas hadiah yang cukup bermakna ni. Fresh from oven tu kak sebab baru sampai tadi. Buku ni ada lah hadiah dari giveaway anjuran dari blog Kak Nora. Kak nora ni rajin buat giveaway yang hadiahnya berupa sebuah buku. Rajin² lah terjah kalau ada giveaway baru. Mana tau boleh menang buku kan ☺☺☺
Ucapan dari Kak Nora. Cantik tulisan akak. Kemas jer. Tak sabar nak membaca buku nih. Untuk novel plak, aku dah start masuk membaca novel yang ketiga. Tak sabar nak habiskan. Boleh beli novel baru ☺☺.
Ok...jom kita terjah blog kak nora. Ada promosi tupperware tu. Siapa penggemar tupperware...apa lagi. Daku pon dah mula nak terjebak dah ni...hehehe...
Note: Mood adalah sedih...sedih dengan orang yang tak beradab, kurang ajar dan tak mengenang jasa.
Contoh emosi budak tak stabil...hehehe...Iman Hakimi satu ketika dulu.
Menurut kajian, anak² menjadi agresif adalah disebabkan emosi mereka.
EMOSI? Ya! betul. Walaupon mereka masih kecil tetapi anak² ini mempunyai tahap sensitiviti emosinya adalah tinggi. Oleh itu, kita sebagai ibubapa adalah sangat penting untuk memahamai emosi mereka agar kita dapat menguruskan emosinya dengan cara yang sangat halus. Antara tips yang boleh kita kongsi untuk menguruskan emosi anak² adalah:
- Sentiasa senyum dengan anak²
- Berikanlah pelukan yang sangat erat kepada mereka
- Cium mereka dengan penuh kasih sayang
- Luangkan masa yang berkualiti bersama anak²
- Bekalkan anak² dengan ilmu kerohanian
Walaupun ia nampak remeh pada kita sebagai ibu bapa, tetapi anak² kita sangat mendahagakan perkara² tersebut.
Info yang sangat berguna ni aku dapat dari FB. Bukan orang dewasa jer ber 'EMOSI', anak² kecil pon tak terkecuali. Sama² lah kita jaga emosi anak².
Note: Nak tukar duit...nak tukar duit. Money changer mana yang murah erk?
Kes mak jemah silap beli daun noks. Nak beli daun sup, sekali terbeli daun ketumbar. Bikin malu jer kan. Ada satu hari tu teringin nak buat sup. Gi lah kedai beli bahan² nya kan. Teringatlah daun sup. Tak sedap plak kalau masak tak letak daun sup. Confident jer gi amik daun tu kan. Sekali masa nak masak...erkkkkk...apsal bau lain jer daun ni? Memang dah sah² lah salah daun...ahaksssss...Terus hilang mood. Boleh gitu ☺☺.
Kan sama tu. Memang tak boleh nak cam mana satu Daun Sup dan mana satu Daun Ketumbar. Hanya boleh diketahui selepas mencium bau daun tu. Dan itulah cara aku skang ni kalau nak membeli daun sup. Takut salah daun lagi. Tu lah...dulu masa anak dara tak nak ikut mak gi kedai. Bila dah kawin dan hidup sendiri ni, baru lah nak menyesal bila daun sup dan daun ketumbar pon tak tau nak bezakan...huhuhu...Itu dulu ok, skang dah pandai (>_<).
Note: Menghitung hari ke USS.
Siapa pernah dengar atau minum ice blended dari jenama KOPIESATU? Rasanya jenama KOPIESATU ni dah lama muncul. Cuma aku tak berkesempatan nak membeli dan merasa. Blogger CIKMOT @ IZAN salah seorang penggemar KOPIESATU ni. Kebetulan smalam gi jalan² cukur poket *cukur lah sangat kan* kat Kenanga Wholesale City *next entry yer*. Terjumpalah stall KOPIESATU ni. Apalagi...mari kita menguji tekak >_<.
Aku pilih Ice Blended Caramel *my favourite*. Cuba nak membandingkan kesedapan ice blended caramel Starbucks dengan ice blended Kopiesatu. Kita minum dulu...Perghhhhhh...ice blended caramel Kopiesatu memang sedap. Berebut dengan anak² ko *buruk perangai ibu..hehe.. ☺*. Tak rugi beli. Setanding dengan ice blended dari starbucks. Yang bestnya, harganya murah dan berpatutuan kalau nak di bandingkan dengan starbucks yang mahal tu. Lagi pon ianya produk dari Malaysia. Sokonglah barangan buatan Malaysia...cewahhhh...
Sedikit info mengenai KOPIESATU:
Objektif Projek |
|
Jangkaan Penerimaan Daripada Orang Ramai |
Projek ini bertujuan untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan seperti:
|
Model Operasi |
|
Note: Kat Bangi tak der ker stall KOPIESATU? Yang aku tau kat KWC tu jer. Terjebak dah ni...ahaks...
Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika
berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT
adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.
Pada tapak
tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99
nama Allah.Berikut dikongsikan beberapa panduan tatacara berdoa yang
diturunkan oleh ustaz Abdullah.
1. Angkat
tangan paras dada.
2. Rapatkan
kedua-dua belah tangan
Kita akan
nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan.
"Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur 'ba' . Titik 'ba'
letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap
huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat
menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur 'ba' bernama 'Har Hayaail'.
Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang
perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh
pengharapan" .
3. Duduklah
dalam keadaan iftirasy dan duduk tahayat akhir.Jika berdiri tegakkan badan
betul-betul dan jangan menyandar.
Wassalam.
Note: Bila air-cond dah sejuk tahap maksima ni, asyik besin jer lah kerjanya. Hidung pon mulalah berair.
|
Cantik tak? Ikut mata aku ni cantik lah. Colour pon cantik² uols. Tapi aku frust sebab tak dapat nak sambar batch ni. Sekejapan jer dah 'out of stock'...huhuhu...Tunggu ThePoplook restock pon macam tu juga. Macam goreng pisang panas. Suma nya habis terjual.
Petang smalam bukak FB ThePoplook. Sekali ada Haley Chiffon Blouse nih. Apa lagi...cepat jer tangan tu gi website. Dah selamat pon merembat 2 helai...haishhhhh...Suka baju ni sebab BF friendly. Senang nak menyusukan anak. Lagipon baju ni loose dan labuh menutup punggung.
Bila shopping dihujung jari kan. Kalau ikut nafsu membeli, bley kering dibuatnya. Sebab ada lagi baju yang berkenan di hati. Tapi tak bley lah macam tu kan. Kena kawal sket. Kita tunggu hujung bulan ni plak....ahaks...
Note: Office ni dah macam kutub utara plak. Baru lepas service air-cond katakan. Sejuk tahap gigil dah ni.
Ok...mulai hari ni, aku akan paparkan foto 'SERUPA...tapi TAK SAMA'. Memandangkan idea blogging aku makin hari makin pupus. Ikut mood gamaknya. Datang hari banyak idea, banyak lah ceritanya. Datang hari idea nan hado, kita tepek gambar sajalah. Itu pon kalau rajin. Kalau boleh tak nak bagi blog sunyi sepi uols.
Kita tengok gambar 'serupa...tapi tak sama' bahagian 1 >_<
Sama kan ☺☺. Gambar Iman Hakimi masa lahir tak banyak sebab si dia videokan. Masa tu kan femes dengan webcam. Camera pon tak der lagi masa tu. Pakai camera HP jer. Tapi tak per lah, janji ada untuk kenang-kenangan gambar aiman hakimi masa baby kan. Kita tunggu part 2 dan seterusnya pula yer.
Note: Agak busy hari ni. Nanti petang sikit daku ketuk pintu rumah kamu yer.
Alhamdulillah. Hasil rezeki dari blogging. Dah malas nak tunggu duit naik menggunung lagi. Itu pon kumpul dari bulan Oktober tahun lepas. Kita cash-out saja lah.. Cash-out untuk kali yang ketiga. Dan juga antara amount tertinggi pernah aku dapat. Sebab dapat buat Sponsored Post kan.
Terima kasih kawan² sebab sudi bertandang kat blog suka suki aku ni. Kalau bukan sebab kunjungan dari kamu, tak kan menjadi duit banyak nih. Sayang kamu ketat².
Note: Saham oh! saham. Aku frust nih. Jual saham pagi tadi masa naik 3.43. Sekali petang ni tadi naik 3.62...arghhhhh...frustnya. Tak per lah. Rezeki yang dah tertulis dariNYA. Bersyukur lah. Kita tunggu next tranche plak yer Fiza Rahman >_<. Alhamdulillah atas rezeki ini.
Cewahhhh...tajuk tak bley tahan. Memanglah masak dengan penuh kasih sayang kan. Barulah makanan tu jadi sedap. Macam didalam gambar tu. Amacammmmm...nampak sedap tak? Tapi memang sedap ditekakku dan anak².
Terima kasih buat Ina Intan Berlian diatas resipi yang senang dimasak dan sedap dimakan. Memang simple jer resipi nya. Selalu juga aku buat. Tapi kali ni tambah kentang dan carrot. Resipi yang ina bagi tu pon aku oleh sket. Ikut tekak memasing lah kan. Resipi nya:
BAWANG MERAH + BAWANG PUTIH + KIUB PATI AYAM + LADA HITAM + GARAM = KISAR.
SOS LADA HITAM + MADU + AYAM = PERAP DENGAN BAHAN² YANG DI KISAR. TERPULANG NAK PERAP BERAPA LAMA.
Nampak...senang jer kan. Aku tak letak sos BBQ sebab tak der. Lada hitam plak aku kisar sekali sebab mak malas nak tumbuk noks. Sebelum letak bahan untuk perap tu, aku lumur dulu ayam dengan madu. Jadi nya tak payahlah letak gula sebab madu tu dah manis. Terpulang juga sama ada uols nak bakar dalam oven atau tak. Aku pakai PEMANGGANG AJAIB jer. Memang ajaib ☺☺
Tadaaaaa...inilah hasilnya...ROASTED CHICKEN WITH GRAVY. Aku kasi berkuah sket. Tak suka sangat kalau kering. Masa tengah memanggang tu. Perghhhh...bau dia sampai qahirah cakap 'hurmmmm...sedapnya bau'...Makan plak dengan nasi panas. Bertambah² makan. Memang anak² suka lah. Mekasih Ina sebab berkongsi resipi ni. Uols mesti cuba tau. Kalau nak resipi asal, klik jer link merah tu.
Note: Teringin nak buat kek. Tapi tak terbuat lagi. Rajin print resipi jer.
Setelah sekian lama tidak membaca dan membeli novel. Pagi ini dalam sejarah, akhirnya tanganku ini gatal juga 'add to cart'. Bukan satu novel, tapi......
6 biji novel sekali beli. Perghhhhh...tamak haloba ko. Berapa lama lah nak habis baca ni wei....hehehe...Cuba nak membaca novel dari hasil tulisan ACIK LANA pula. Ramai yang kata terbaik. Baca sinopsis pon dah tau novel tu best. Tak sabar nak tunggu novel² tu sampai. Ni pon tengah mengintai² novel 'Teduhan Kasih' dengan 'Sebenarnya Saya Isteri Dia'. Nak beli sekarang ker, nak beli kemudian...hurmmmmm. En. suami...sila belikan novel² tu. Buku² motivasi juga tak terkecuali. Antara yang menarik perhatian:
Kalau tangan ni masih gatal lagi. Tak dapek den nak nolong. Selamat membaca lah buat diri sendiri. Nanti boleh buat mini library kat umah tu >_<. Last but not least, hati berbunga² keriangan sebab menang buku ini:
Alhamdulillah...rezeki berpihak kepadaku juga. Mekasih banyak² kak. Semoga rezeki akak dan keluarga bertambah murah ☺☺. Kak Nora Karim ni rajin buat Mini Giveaway yang hadiahnya berupa sebuah buku. Memang menarik semua buku yang ditaja tu. Jom terjah blog Dialog Uda @ Nora Karim
Note: Peringatan buat diri sendiri. Baca novel tu...bacalah juga. Tapi AL-QURAN jangan lupa nak baca pula. Alhamdulillah...daku dah mula membaca ayat² suci itu walaupon sekadar sehelai dua mukasurat. Semoga tidak terhenti Ya! allah.
.
Alhamdulillah...hasil dari blogging. Terima kasik banyak² buat KAK INA HASHIM. Cantik keychain tu. Bukan satu, tapi dua kak ina bagi. Buat MASYA sebab bagi key chain sempena ucapan untuk hari jadi beliau *rasanya lah*. Untuk PAPA MIFZ sebab sudi bagi FM untuk top commentators. Bertambah koleksi FM saya. Dan juga buat CCI sebab terpilih sebagai pemenang giveawa anjuran beliau tempohari. Cute sangat Bookmark ni. Jom terjah blog mereka ☺☺
Semoga ukhwah yang terjalin di alam maya ni berterusan sampai bila².
Note: Yeayyyyy...selamat datang jalan yang lengang ☺☺