Buat ibu² dan bakal² ibu tu, please take note. Aku pon baru tau. Kalau sebelum ni pantang yang aku tahu selepas bersalin adalah pantang 44 hari. Tak boleh buat kerja berat². Makan kena pantang dan lain² lagilah. Pastu dengan pantang 100 hari. Yang ni aku tau pentang bersama ngan suami. Tapi lepas baca info yang ICE @ Siti Aishah (Certified Confinement Therapist) bagi ni, baru lah aku jelas maksudnya. Kenapa kena pantang 44 hari, 100 hari, 6 bulan dan juga setahun.
Pernah dengar tak orang lepas bersalin tak boleh makan laksa setahun? Aku follow jugak. Tapi tak jelas kenapa kena pantang laksa. Orang pantang ko pon nak pantang jugak kan. Tapi tak tau kenapa...hahaha...Sekadar merasa tu ada lah sket. Yang aku tau, ianya berkaitan dengan urat. Ok...panjang plak mukadimahnya. Meh baca jenis² pantang dan apa kaintannya.
PANTANG 44 HARI
- Pantang keluar rumah
Tapi skang ni ramai yang langgar pantang. Belum 44 hari dah kluar rumah. aku lettew. Sebab pantang sendiri kan.
PANTANG 100 HARI
- Pantang Suami
- Pantang mandi air sejuk
- Pantang ber aircond
- Pantang angkat benda berat² hatta dukung anak selain newborn
- Pantang kena hujan
Yang ni pon bedal jugak. Mandi jer air sejuk. Water heater tak der. Dukung anak pon sama jugak. Biasalah...beza anak kedua ngan ketiga tak banyak sangat even gap 2 tahun.
PANTANG 6 BULAN
- Pantang makan selagi baby yang fully breastfeed tak start solid food. Kalau tak fully breastfeed pon elok pantang makan 6 bulan supaya badan betul² sihat
- Pantang exercise yang hardcore
Ikut jugak nih. Tapi banyaknya yang langgar lah. So far baby ok...tak meragam. Exercise plak yang hardcore tu tak der lah. Buat kerja² rumah jer.
PANTANG SETAHUN
- Minum berais
- Pantang laksa dan pulut
Ais ni memang tak menahan wei. Nikmat bila dapat minum tu...perghhhh...ko tunggu lah bila dah berumur nanti...nnggeeee...Tapi tak der lah hari² minum berais. Sampai skang klo makan kat kedai aku order air yang tak berais. Cuma mengicak sket lah air en. bos. Tapi kalau cuaca panas sangat, memang punah lah. Sirap limua ais kurang satu lah nampaknya.
Kepantangan makan laksa selama setahun plak. Menurut dari komen yang aku baca, laksa ni sejuk. Boleh kembang urat. Sama jugak kot kalau makan pulut. Pulut ni pon aku tak boleh makan banyak². Memang berangin satu badan.
Kenapa perut still buncit? Haaaa...sila salah kan diri sendiri yerp. Perut tak kempis bukan sebab tak diet. Tapi sebab tak buang air besar berhari² masa dalam pantang dan SEBAB TAK PAKAI BENGKUNG DENGAN BETUL. PERUT YANG SENTIASA MEMBUANG DAN DIPAKAIKAN BENGKUNG AKAN KEMPIS. Tetapi...ada tetapi tu. Perut tetap menggerutu sebab kulit tak mampu anjal balik. Sebab tu kena istiqomah berbengkung dengan campuran ubat barut.
Macam mana nak kempiskan perut? Yang ni best sebab aku pon nak mengempiskan perut yang dah start membuncit nih. Senang jer ubatnya. Kena amalkan herba dalaman yang melawaskan pembuangan air besar. Luaran plak kena pakai girdle waktu siang. Dan bengkung pada waktu malam. Dan.....KENA EXERCISE!!
Masa dalam pantang ketiga² anak memang aku menghadapi masalah nak membuang. Sembelit ko. Memang seksa lagi menyiksakan. Nangis wei dok dalam toilet lelama. Nak meneran lebih², takut terkoyak plak jahitan episiotomi. Ngeri bila di ingatkan balik. Berbengkung plak boleh dikira dengan jari berapa kali pakai. Lebih² lagi masa pantang anak ketiga. Skang bila perut dah buncit rasa macam....nak pakai bengkung balik lah.
Lepas ni kalau ada rezeki baby lagi...erkkkk...hahahaha...nak pantang betul² lah. Tak nak memain lagi. Nak pakai lama kan. Kena lah jaga. Kesan nya memang kita tak nampak sekarang. Tapi masa akan datang? Fikirlah sendiri.
Note: Perut menggerutu tu adalah parut yang paling mahal. Bukti yang anak² pernah duduk dalam tu ☺