Yesssss... 12 months already and still counting for another 12 months. Kiranya aku dah dapat Diploma in Breastfeeding. Tahniah buat diri sendiri kerana dah berjaya mencapai stage kedua. Stage pertama dari lahir hingga 6 bulan. Stage kedua 6 bulan hingga 1 tahun. Sekarang dalam target nak kejar PHD in Breastfeeding pulak sampai cukup umur Iman Harraz 2 tahun.
Menyusu anak tak semudah yang disangka. Tapi ada yang kata menyusu badan ni senang. Iyer... memang senang sebab kau tak perlu bancuh susu malam-malam. Kau tak perlu bawak bakul susu pergi mana-mana. Kau tak perlu fikir harga susu yang makin melambung harganya sebab breastfeeding ni is free. Kau dah jimat berganda kat situ. Memang senang kan.
Tapi kau tau tak atas kesenangn tu ada cabarannya nya jugak yang kau kena lalui? Tidur malam kau tak cukup sebab anak minta disusukan. Iyer... kau selak jer. Tapi kalau dah 4-5 kali bangun kau lena ker lepas tu? Breastfeeding in public. Kau ingat ibu-ibu menyusu macam aku ni tak segan ker menyusu dekat kawasan yang crowded even aurat terjaga? Malu tetap malu. Nak cari nursing room macam lah kau kenyit jer mata dah boleh sampai kat situ. Takkk... Melainkan kau dah faham selok belok pasaraya dimana letaknya nursing room. Tak kan kau nak biar anak kau menangis-nangis nak susu tapi kau tak nak bagi sebab tak jumpa nursing room. Kejam sangat nih. Nak tak nak kau kena lah cari kerusi susukan anak kau. Lepas tu hadaplah kau dengan pandangan-pandangan yang kurang enak ibarat kau susu kan anak ditempat awam tu ada lah satu kesalahan yang besar. Seronok tak bila ada segelintir manusia berfikiran macam ni... ppffttt...
Kenangan... Stok susu yang berjaya dibuat. Tapi dah habis :-(
Bila susu kau merudum secara tiba-tiba. Kau ingat senang nak maintain kuantiti susu setiap hari? Especially bagi ibu-ibu yang baru bekerja lepas cuti bersalin. Timing untuk mengepam mesti lari punya. Dengan stress kerjanya lagi. Bertuah lah kalau korang jenis yang konsisten setiap hari. Yang ni memang aku salute. Tambah parah bila stok susu kau dah habis macam aku. Hari ni perah untuk bekalan hari esok. Macam ni lah bila susu kau merudum. Asik amik stok yang dah disimpan. Lama-lama susut sampai dah tak ada baki. Memang menangis kau dibuatnya.
Support.. Bukan mudah nak dapat support dari orang sekeliling. Bila cerita susu makin kurang, jawapan dia senang jer 'Bagi jer susu formula'. Bila anak kau asyik mengempeng, dikatanya 'tak puas menyusu tu. Susu dah sikit agaknya'. Bila susu yang kau pam tu nampak cair, dikatanya 'tak der khasiat tu. nampak cair jer susu'. Nampak sangat kau tak tau apa itu FOREMILK dan HINDMILK.
Kau kena faham. FOREMILK adalah air susu ibu yang yang pekat dan keluar pada peringkat awal menyusukan bayi.Ia
bersifat cair tetapi kaya dengan laktosa dan protein yang penting untuk
pertumbuhan otak. Oleh kerana sifatnya
yang cair maka foremilk berguna untuk menghilangkan dahaga bayi.
HINDMILK pula keluar beberapa saat selepas foremilk. Sifatnya lebih
pekat dan mengandungi banyak lemak berbanding foremilk. Ia berfungsi untuk membantu tumbesaran fizikal bayi. Hindmilk yang lebih tinggi lemak dapat memberikan kesan kenyang kepada bayi.
Medela Swing yang masih berkhidmat. Dah nak masuk 7 tahun pakai :-)
Jadinya... Tolong lah support. Suami especially. Isteri dah tolong bagi anak susu sedangkan awak tidur lena tanpa gangguan. Dah tolong jimatkan duit susu. Apa salahnya tolong ambil berat pada isteri yang menyusukan anak awak ni. Cuba tanya isteri 'Macam mana susu. Cukup tak?'. 'Susu lancar ker? Nanti abang beli kan milkbooster' 'Pam susu ok tak. Ada nak kena tukar sparepart?'... Haaa.. Contohnya. Ambik lah berat sikit. Tolong basuhkan pam susu ker. Tolong asingkan susu dalam botol siap-siap selepas di perah ker. Kan sweet kalau macam nih. Pleaseeee!!!
Alhamdulillah dah setahun... Rezeki Iman Harraz dapat minum susu ibu
Bukan mudah sebenarnya nak capai tahap macam ni. Ada masa kau rasa macam nak give up bila susu kau merudum dimana kau kena bangun malam perah susu. Penat... memang penat. Dengan urusan rumahtangga lagi. Belum lagi bila nipple kau luka. Rasa nak menyorok bila nampak anak. Kejang-kejang kaki kau menahan sakit. Sebab tu aku cakap... Kalau kau dah pilih untuk susu kan anak, kau kena ada jiwa yang kental. Semangat kena tinggi. Abaikan mulut-mulut puaka yang
suka mengata. Putus asa kena buang jauh-jauh. Dan yang penting MIND SETTING. BREASTFEEDING IS NOT A CHOICE.
IT'S A RESPONSIBILITY. Smoga Allah permudahkan urusan aku dan smoga susu aku cukup. Wish me luck.
Sijil syiok sendiri ☺☺
Buat ibu-ibu yang tak dapat susukan anak dengan susu ibu. korang dah cuba yang terbaik. Ianya bergantung pada rezeki. Jangan salahkan diri sendiri. Jangan rasa down. Susu kan anak dengan susu ibu atau susukan anak dengan susu formula. Kita tetap IBU yang habat.
Note: Panjang lagi aku nak citer. Tapi cukuplah sampai sini. Semangat lain macam kalau dah mula cerita pasal breastfeeding ni ☺☺