Stress lah sangat khenn. Ker uols yang stress tengok coklat aku ni, Nak ker?...muahaha...meh datang sini. Ada Hershey's kisses, Hershey's Nugget dan juga Coklat Wittaker's...eemmmmm..sedapnya... 1st time nak merasa wittaker's ni. Ramai yang kata sedap tak hingat donia. Tu yang nak mencuba. Ni aku kirim dari Suria Qistina masa dia gi Langkawi last year *macam lama jer last year tu khenn. Kirim pakai duit yer, bukan pakai ailio tau.
Ni sbenarnya hasil kudapan untuk di office dan juga untuk di rumah. Coklat ni kan ubat penenang. Kalau tak tenang kat office, makan lah coklat. Kalau asyik memetir plak kat umah, coklat lah ubatnya. Tapi kalau ko dah makan tapi tak tenang² gak, jangan salahkan aku yer, Ni kajian yang kata, Antara khasiat lain coklat:
- coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.
- Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.
- Bagi wanita, coklat menggalakkan pengeluaran kimia endorphins bagi otak wanita, yang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stres.
- Coklat tidak mengemukkan. Tidak ada satu jenis makanan akan menyebabkan gemuk. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan. Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan.
Ini sebahagian daripadanya. Kalau nak tau lagi, bleh baca di sini [KHASIAT COKLAT]
Coklat dan kanak² pon tak dapat dipisahkan juga kan. Ada yang tak suka bagi anak makan coklat sebab nanti gigi cepat rosak. Tanggapan itu harus di sangkal yer. Meh baca ni:
- Kerosakan gigi berlaku disebabkan oleh banyak faktor. Salah satu daripadanya ialah hakisan enamel pada gigi. Asid yang terhasil daripada pecahan karbohidrat yang terdapat dalam makanan menyebabkan hakisan ini.
- Kajian mendapati coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tanin, kasein dan asid oksalik. Tanin merupakan sejenis bahan yang bertindak untuk menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid dalam mulut. Kasein di dalam coklat pula berfungsi untuk mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak. Kasein juga membantu pertumbuhan gigi. Manakala asid oksalik pula berperanan merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid.
Sumber dari PA & MA.
Note: Kejap jer dah jumaat kan. Cepat nya masa berlalu.