12 Tahun Aku Terima Nikahnya | Walaupon tarikh 26 November dah lepas. Tapi nak jugak update dalam blog... hahahaha... Tak sempat nak buat entry. Hujung-hujung bulan dan nak masuk hujung-hujung tahun ni biasalah, sibuk dengan report datelinr. Dengan KPI lagi lah. Lepas tu nursery tutup/cuti pulak 30 November. Memang setiap tahun diorang akan peruntukkan cuti sehari dimana nursery akan ditutup. Lagi lah kau kena siapkan kerja sebelum bercuti.
12 Tahun Aku Terima Nikahnya
Ok.. Tak nak bebel panjang-panjang. 26 November 2017 haritu genap lah 12 tahun usia perkahwinan kami. 12 tahun aku terima Nikahnya. Macam tak percaya jer dah lebih sedekad kami masih kekal bersama. Alhamdulillah... Sedekad yang penuh dengan memori, kejutan.. Suka, duka, pahit, manis...cukup rencah nya. Terima kasih allah atas kesabaran dan kekuatan yang dipinjamkan. You never know how strong you are until being strong is the only choice you have.
Iyer... Dunia berumahtangga ni penuh dengan warna warni dan kejutan. Dugaan tu tetap ada dan sentiasa ada. Cuma sejauh mana kau mampu nak bertahan dan hadap semua masalah yang datang tu. Kena sentiasa positive. Allah uji tanda DIA sayang. Kalau kau rasa masalah yang datang tu membebankan, tu yang senang berpecah belah. Aku sentiasa ingat pesan mak... 'Allah sentiasa bersama orang yang sabar'.
Kadang-kadang kita rasa ujian kita ni tersangat besar. Tapi kita kena ingat, ada orang yang lebih besar ujiannya daripada kita. Setiap daripada kita ni tak terlepas daripada ujian dimana ia datang bersilih ganti dalam pelbagai bentuk dan rupa. Cuma ujian yang kita dapat ni berbeza-beza. Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ini yang selalu aku pegang jugak. Anggap lah ujian yang datang tu hadiah dari Allah.
Bila dah 12 tahun hidup bersama ni buat hubungan kau pon jadi makin matang. Dah malas nak bertekak. Kalau bertekak pon, tak ada lah nak berlama lamaan. Punca bertekak pon selalunya sebab anak-anak... hahahaha... Dia marah kalau anak-anak tak dengar cakap aku. Nak buat macam mana. Garang macam singa pon kau, anak-anak bukan takut pon. Kalau dengan abah dia, bersuara sikit jer dah diam memasing.
12 tahun dengan kehadiran 4 orang penyeri rumahtangga. Cukup dah ni. Lengkap dah dengan anak lelaki ada 3 dan anak perempuan ada sorang. Buat suami... Happy 12th Wedding Aafnniversary. What MEN should know... A WOMEN who truly loves you will be angry at you for so many things, but will STICK around. Semoga ikatan dan kasih sayang ini terus kuat dan mekar sepanjang masa. Pimpinlah tangan isteri dan anak-anak mu ini ke Syurga ALLAH.
Note: Tak ada celebrate pon. Just wish saja. Janji sama-sama tak lupa tarikh ☺